Saturday, June 22, 2013

My lonely day at port dickson...

Keputusan untuk pergi mpk (manual procedure kerja) memang tak boleh nak tolak.
Aku terpaksa terima walaupun dengan hati yang berat...
Tarikh dan masa untuk berkumpul telah di edarkan namun aku masih lagi cuba untuk terus dan terus mencari alasan.
........................................................
Pada pukul 6.00 pagi aku bangun dari tidur dan seperti biasa membelek isi kandung dari facebook. Haiz... turun sebentar aku membancuh secawan teh dan kubawa bersama ke bilik tidurku.
Cawan terlalu kecil tapi kole lagi besar hahahh cukup sampai pkl 8.00 nanti
........................................................
Perjalanan ke pejabat mengambil masa lebih kurang 25 minit. Setelah sampai aku mengambil solex untuk mengunci tayar motor bagi memastikan keadaan motor aku selamat selama aku berkursus di port dickson nanti. Aku di tegur dari belakang... lalu aku menoleh dan melihat najmi berada di belakang ku. Apasal kau lambat sangat? Lama aku tunggu kau kat sini- kata najmi dengan nada berseloroh. Ala rileks la bro kita sarap la dlu- jawabku ringkas.
........................................................
Dengan berbekalkan 3 kotak rokok Dunhill aku memulakan perjalanan ke ibu pejabat dbkl dan menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke port dickson.  Laporan dari wasap memang menjadi permainan kami di dalam perjalanan ke sana. Habis bergambar sakan-seronok... lebih kurang 3 jam setengah untuk ke tempat destinasi yang hendak kami tuj-port dickson.
.......................................................
Sampai di port dickson, kami memulakan check in disana di regency hotel. Tempat peranginan yang tidaklah berapa selesa namun aku bersyukur sekurang-kurangnya dapat juga aku melarikan diri dari tugas hakiki aku- aku mula tersenyum kesorangan.
........................................................
Pada mulanya aku mendapat bilik a7-03 namun dengan desakkan dari najmi aku mula berpindah ke bilik beliau iaitu a10-05. Katanya dia berseorangan di bilik berkenaan dan tidak mempunyai teman. Tanpa berfikir panjang aku pun bersetuju.
........................................................
Kami banyak menghabiskan masa dengan bermain game android (blood Brothers) sebelum turun untuk ke kolam renang.

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...