Tuesday, June 18, 2013

Padan muka aku. Aku dan gunung ledang.

Sapa tak tau gunung ledang. Cakap je gunung ledang sure korang teringat pasal cerita hang tuah dengan puteri gunung ledang. Ye tak!!!
Aku taknak cerita banyak pasal hang tuah dengan puteri gunung ledang tapi... aku nak cerita pasal ekspidisi aku tracking kat sana.
........................................................
Cerita ni dah lama kalau tak silap aku waktu tu aku form 5 kot... aku dilantik sebagai setiausaha pasukan pengangkap di sekolah aku. Cara pelantikan aku... aku pun tak paham macam mana tapi ni semua datang dari cikgu aku jugak.
So waktu tu aku ada usulkan untuk tracking kat gunung ledang bersama-sama dengan pasukan pandu puteri.
Alhamdulillah usul aku di terima dan penjelajahan (cewah!!!) Kitorang akan bermula 2 bulan akan datang.
Mak ngan ayah aku dah bagi tau so... dengan berbekalkan rm20 sebagai bayaran untuk kesana maka dapatlah aku pergi.
........................................................
Syok jugak jadi setiausaha ni... bisik aku dalam hati. Dapat pegang rokok. Ye lah... lepak kat belakang skali sambil daki bukit dapat hisap rokok...
Kami perlu berkumpul di sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. Kitorang perlu membuat latihan kawat kaki sikit tapi... aku ni special sikit aku memang pandai cari reason supaya aku tak payah nak buat kawat kaki.
........................................................
Perjalanan dari sekolah ke gunung ledang mengambil masa lebih kurang 45 minit, Dan berkumpul di kaki bukit pada pukul 8.15pagi. Rokok- check, ubat-check, bandage- check, hmm... aku rasa dah complete kot. Korang mesti pikir nak buat apa rokok ni kan... ala takat nak buang pacat ngan lintah jer.
........................................................
Kalau budak pengangkap lelaki... kene pacat weih...sory bro aku nak layan. Tapi kalau budak2 perempuan kene akulah orang pertama yang tolong.
1st. Aku dapat isap rokok
2nd. Boleh tackle budak
3rd. Syok weih.....
........................................................
Ok la... kita cerita balik kat gunung ledang... sekarang nih team ekspidisi kitorang dah sampai di ceck in yang kedua. So... aku pun mengajak member aku dengar bahasa mencabar!!! Wei... sapa boleh sampai kat atas (puncak) dulu dia terel. Aku terlupa kata orang... tak elok kata2 seperti mencabar, mencarut dan sebagainya. Sebenarnya tujuan aku hanya nak membakar semangat yang ada kat dalam team ekspidisi aku.
........................................................
Berlari dan berlari tanpa memikirkan berat bebanan yang ada kat belakang aku. Beg aku penuh rasa-rasanya ada gak sampai 5-6-7 kilo kot hahah. Aku berani ajak diorang bukan pasal apa, pasal kitorang dah 2kali jugak la naik gunung ledang so... paham sangat laluan kat sana. Tapi aku berasa pelik... biasanya aku boleh sampai ke atas dalam masa 30-40 minit. Tapi aku berasa pelik kenapa...nak dekat 1 jam setengah masih lagi tak sampai.
Hmm... berehat sebentar di bawah pokok yang agak besar dan agak rendang. Aku pun merasa agak pelik biasanya pokok2 besar jarang ada kat puncak. Ada pun pokok renek jer.  Ah... malas la aku nak pikir. Badan pun dah penat berlari punye lah jauh- bisikku di dalam hati. Tido pun best nih.
........................................................
Tiba-tiba aku merasakan seperti di tepuk di belakang. Hei mie... kau buat apa kat sini? Aku menoleh dan memberi tahu yang aku penat berlari. Mie kau tau tak aku tengok kau berpusing jer kat batu tu... dum!!! Aku merasakan seperti tak dapat menerima kenyataan. Eh... selama ni aku pusing je ke? Aku mengeluarkan botol air yang ada di beg sandang dan membasuh muka... aku beristigfar kepada allah. Astagfirullahalazim... kataku...
Aku berfikir sejenak... aku ada buat salah ke? Ish2 takkan nak ajak diorang race pun salah? Aku cakap besar ke? Aku ada kencing kat mana2 ke?
........................................................
Alhamdulillah... aku bersyukur kepada allah selepas aku di berikan petunjuk dengan kesilapan kecil, aku dapat meneruskan pendakian aku ke puncak gunung ledang...
........................................................
Selama pendakian kami kat gunung ledang... aku banyak berfikir tentang bagaimana aku kene main kat sana... syok pun ada kelakar pun ada. Perasaan takut memang tak ada. Pasal takde bende yang menakutkan berlaku kat sana.
........................................................
Banyak aku belajar kat gunung ledang ni. Biasalah budak baru nak kenal dunia.

K lah sampai kat sini jer. Ok guys peace no war!!!!

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...