Monday, June 10, 2013

cuba korang pahamkan.. takyah komen pun takpe...

Dalam islam janji kita wajib ditepati dan berdusta adalah satu perkara yang paling di tegah dalam agama... tapi melayu hanya tinggal pada nama dan aku sokong kata 2 org lama nih.. " melayu mudah lupa" dan aku juga tak menolak kata2 otai nih " "takkan melayu hilang di dunia" tapi aku percaya kata member2 aku mengenai unsur2 kuno lama kemelayuan zaman dulu... kalau nk ikutkan dari dulu lagi mana2 kaum kat tanah melayu (malaysia nama skang nih) nih jumpa jer orang melayu mmg la orang tabik spring siang2 pasal apa unsur insani yang tertanam dalam hati dan sanubari dalam hati seseorang yang bergelar melayu...

aku dapat bayangkan kalau la negara malaysia ni tak kene jajah oleh protugis, jepun, ingeris  dan lain2 negara yang pernah tawan kite dulu... ada tak kite tengok camne negara - negara luar skang nih yang tak pernah kene jajah... ada tak diorang tau apa value yang ada pada negara diorang tuh???? ada tak hang pikir...

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan bekas-bekas mereka di muka bumi. Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah. (Al-Quran, Al-Mu'min: 21)1
contoh jepun la cuba kiter tengok, aku kire agak respek ngan jepun walaupun diorang nih pernah jajah kite dulu tapi...

Pengalaman yang dilalui Jepun juga menunjukkan terdapat pertalian yang rapat di antara kesedaran sejarah dan kekebalan budaya dengan pemantapan negara dan bangsa mereka . Biar apapun asal usul sebenar bangsa Jepun -- sama ada tersendiri, berasal dari tanah besar Asia atau dari Asia Tenggara -- bangsa Jepun dengan menyusungalur sendiri sejarah mereka meyakinkan diri mereka bahawa mereka adalah manusia mulia berperadaban tinggi yang kewujudan dan keasliannya mesti dipertahankan. Setelah langkah-langkah awal pada akhir abad ke-7, berasaskan tradisi lisan dan catatan-catatan lama, pada 712M terhasillah kitab Kojiki dan pada 720 kitab Nihon Shoki yang menyusungalurkan asal usul bangsa dan kepimpinan politik Jepun sehingga seawal abad ke-7 SM, sezaman dengan peringkat permulaan keruntuhan kerajaan Chou di Cina. Walaupun terdapat unsur-unsur dongeng dan rekaan di dalamnya, kitab-kitab ini memberi landasan "sejarah" yang mengesahkan Jepun sebagai negara dan bangsa tersendiri dan berdaulat. Tradisi penulisan dan penyimpanan catatan sejarah yang ditiru daripada Cina itu mengukuhkan perpaduan dan memperteguhkan rasa cinta bangsa dan negara yang merangsang orang Jepun mempertahankan keaslian diri dalam menghadapi orang lain.

Berbalik kepada orang2 melayu... Dengan kehadiran Islam bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bertambah kemaskini dan canggih tetapi juga lebih bersifat sejagat. Penggunaan huruf Arab-Farsi dan istilah-istilah umum yang dibawa Islam mempercepatkan proses kemunculan satu Bahasa Melayu induk yang seragam lisan dan lebih-lebih lagi tulisan, menjangkaui loghat-loghat tempatan. Ia juga mengantarabangsakan Bahasa Melayu, dan memudahkan orang Islam bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu, bergaul dengan orang Melayu dan menulis dalam bahasa Melayu. Hasilnya, bukan sahaja bahasa dan khazanah persuratan dalam Bahasa Melayu diperkayakan, gagasan "Melayu" itu sendiri menjadi amat terbuka, tidak berlandaskan darah keturunan, dan lebih berpaksikan budaya. Serentak dan ekoran daripada pengislaman orang Melayu terjadi proses pemelayuan orang bukan Melayu di rantau Melayu terutama di kalangan yang beragama Islam. Maka dengan landasan budaya itulah jatidiri Melayu terbina dan kemelayuan kukuh mengharungi zaman dan mencair atau menundukkan unsur datangan melalui suatu proses pemelayuan penuh dan separuh yang memungkinkan orang bukan Melayu dengan kadar-kadar tertentu menjadi "Melayu".

Ok lah sampai sini je aku celoteh bende2 yang aku rasa beter kiter pikirkan bersama...
aku amik pantun2 yang aku rasa ok kot dlm note pelik aku nih

1.
Pisau raut hilang di rimba
pakaian anak raja di Juddah
karam di laut boleh di timba
karam dihati bilakah sudah

2.
buah berangan masaknye merah
kelekati dalam perahu
luka di tangan nampak berdarah
luka dihati sapakan tau

3.
anak buaya terenang - renang
anak kunci dalam perahu
hanya saya terkenang - kenang
orang benci saya tak tau

4.
akar nibung meresap - resap
akar mati dalam perahu
terbakar kampung nampak berasap
terbakar hati siapakan tau

5.
dari jawa ke Bengkahulu
membeli keris di Inderagiri
kawan ketawa ramai selalu
kawan menangis seorang diri

klah dah cukup aku pantun ... so sendiri mau hingat

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...