Monday, June 10, 2013

aku...

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun... aku masih lagi bergini. Kebosanan yang aku rasakan tidak dapat di bendung walaupun pelbagai acara dan aneka keseronokkan yang cuba aku buat... tapi hasilnya masih lagi sama...
Sunyi? Sepi? Adakah sesunyi dan sesepi di waktu malam hari. 
Aku bekerja hanya menghilangkan rasa sunyi yang tertanam jauh di sudut hati ini. Aku menyebukkan diri ini supaya dapat aku kikis segala kerisauan di dalam diri ini. Kepuasan hanya datang sekiranya orang berada di sekeliling ku senyum dan gembira. 
Aku bagaimana? itulah persoalan yang sering berputar didalam kepalaku.
"Walaupun esok ada mentari adakah secerah hari ini... harap begitulah dan mudah-mudahan perjalanan hidupku"-ukays 
Lagu ini memang kena dengan hidup aku sekarang dan kadang kala aku tersenyum sendirian walaupun tiada lawak jenaka ada di kiri kananku. 
Ya allah... sibukkan aku dengan segala amalan yang dapat aku berikan senyuman kepada mereka yang sedang bersusah hati ketika ini... amin...

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...