Monday, July 8, 2013

Aku benci kerja hari ahad!!!!

Urgh... apa lagi telipon ni... tolong la hari-hari minggu camni aku nak rehat la-kataku sambil mencapai handphone yang berada di atas meja komputer. Aku melihat nama yang terpapar di atas skrin note 2 aku. Halo.. boss apa citer-kataku sambil mengosok mata. Mie!!! Hari ni kau turun tak kat jelatek? - katanya. Ntah la bos-jawabku ringkas. Malas la nak turun... kenapa boss...boss kat sana ke? Ya mie saya kat office ni kejap lagi nak ke sana kau taknak turun ke kat situ. Tengoklah macam mana...ok la boss kalau ada apa2 boss call saya kalau boss nak maklumat untuk kawasan tu- jawabku.
........................................................
Wasap berbunyi... aku segera mencapai dan aku lihat seperti ada aduan terbaru di sana.

Dear Saudara Wan. Saya telah menerima aduan oleh penduduk .... dan telah membuat satu lawatan segera untuk mengadakan perjumpaAan dgn penduduk blok serta memantau sendiri keadaan. 1. Selalu tiada bekalan air. Tidak diberi notis terlebih dahulu. Terpaksa guna air bomba. 2. Lift no 2 tidak berfungsi untuk trmpuh 1 bulan.3. Lif no 3 tidak berhenti di Tkt 6,7 dan 8. Masalah button tidak berfungsi 4. Air mengalir dari flat atas ke bawah melalui paip tanpa henti. 5. Tidak tempat mencukupi untuk meletakkan motosikal. Saya akan susuli dengan lapuran terperinci. Sila mengambil tindakan segera. Terima Kasih. P.Gunaseelan ALP cc. KP/TKP /////en zain,en mat nawi  en suhailan,,pn saadiah, fly squard sila ambil tindakan n jumpa persatuan penduduk. Harap lapor

Apa ni... aduh nampak gaya macam kene turun ni. Sapa la gamaknye yang rajin bebenor. Aku memahamkan isi kandung wasap dan standby untuk memberikan mamklumat sekiranya berlaku. Leher nk kene jaga ni... kalau silap ada yg kene sembeleh kat situ.

Tanpa banyak cerita aku bersiap untuk pergi kesana bagi melihat sendiri permasalahan yang berlaku disana.
........................................................

Setelah sampai di tapak. Aku terus berdiri di hadapan lif dan menekan segala butang yang ada. Dengan berpandukan aduan yang di berikan aku segera ketingkat yang mempunyai masalah. Argh... ok jer ni semua aduan lama. Tak guna betul la. Aku segera membelek handphone untuk mencari nama-nama yang boleh membantu aku ketika itu. Aduh!!!! Macam mana ni takde seorang pun nak ambil "pangilan hangat" aku ni. Aku mula mati akal... ya allah adakah ini adalah dugaan yang kau berikan kepada aku ketika ini.
........................................................

Aku memberikan message kepada Ketua  aku, dan aku berharap dia faham situasi aku ketika ini. Alhamdulillah aku melihat 1 pangilan yang bukan dari simpanan handphone aku dan aku menjawap pangilan tersebut. Bang! Saya ada kat bawah ni. Aku segera menunuruni tangga dan cuba mencari orang membuat pangilan tadi. Er... saya azahari... saya standby kat sini. Boss saya yang minta saya datang. Aku pun mula tersenyum dan dia akan membantu aku untuk menyelesaikan masalah aku ketika itu. Aku mengambil beberapa gambar untuk kegunaan aku nanti. Dan mencatitya di dalam handphone.
........................................................
Aku pun mula memulakan perjalanan untuk balik ke rumah untuk menyediakan laporan untuk esok.
Pelbagai cerita berputar ketika sedang memandu pulang kerumah. Sampai sahaja di rumah aku mendapat pangilan telipon daripada En.zainal.  mie!!! Pengarah on daway pg sana.  Bos!!! Kenapa tak cakap tadi lebih awal senang saya stay sana. Kalau nak pergi sana... jauh tu boss jawabku. Uhmmm ok la saya pegi sana balik. Aku mengalah dan terus bersiap buat kali ke-dua untuk kesana.
........................................................
Speeding!!!!!!
Perjalanan ke sana mengambil masa 20 minit, dan setelah sampai aku melihat pengarah sedang menunggu berhampiran dengan tangki yang baru sahaja siap di bina.
Aku bersalam dan mula bercerita mengenai masalah yang berlaku mengikut aduan yang aku terima tadi. Awak dah tau lif ni penting kenapa tak jalankan terus je!!! Jawab pengarah dengan arahan serta merta. Aku agak tergagap ketika itu. Aku mengambil nafas sebentar sementara mengaturkan ayat-ayat yang sesuai. Baiklah tuan pengarah. Jawabku ringkas. Saya nak lif ni jalan sebelum hari selasa ni!!! Argh... ni nak suruh aku mampus ni- jawabku di dalam hati. Baiklah tuan pengarah- aku menjawap sambil menganguk beberapa kali.
........................................................
Aduh macam mana ni... kontraktor aku semua tengah bercuti kat china ni. Aku segera mencari senarai nama yang aku rasa boleh membantu aku. Ada!!!. Aku memberikan message kepada beliau dan Alhamdulillah message aku di balas. Aku pun balik dengan perasaan yang tidak puas hati. Aku menutup handphone aku dan meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah.
........................................................

4.30 petang...
Telifon mula berbunyi... ya... mie tadi pengarah turun dia kata apa ye? Aku memang kenal suara tu... er... En .suhailan... td pengarah dia nak lif tu jalan sebelum hari selasa ni tapi p.o (purchase order) tak keluar lagi. Takkan saya nak diorang jalankan lif tu? Jawabku. Lepas tu apa lagi dia ceritakan kat awak? Boss tuan pengarah kata maybe dia akan turun hari rabu ni tapi dia nak en. Suhailan chairkan dan dia nak dok sebelah je sebagai pemerhati. Kataku panjang lebar. Oh cemtu ke? Hmmm baiklah. Anyway besok tolong saya dapatkan maklumat penuh untuk lif berkenaan. Ok boss jawabku ringkas.
Aku memang tak suka hari ahad!!!!

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...