Saturday, July 20, 2013

Kisah Ular hitam.

Assalamualaikum...
Hari ini aku saja je nak dengar syarahan dari uztaz kazim elias mengenai "sasaran saka". Boleh tahan gak panjang citer tak banyak tapi leh tahan gak 7 volume.  Tapi Alhamdulillah memang syok banyak jugak yang aku dapat belajar.
........................................................
Kusyok gak aku tengok syarahan dari uztaz kazim sampai lupa sekarang ni dah nak pukul 4.00 pagi.
Entah macam mana sampai satu time aku terkejut sangat-sangat bila uztaz kazim bagi tahu macam mana rupa jin. Yang aku terkejut sangat pasal ular berwarna hitam.  Macam mana nak kenal dan halau ular hitam (jin). Kata uztaz.... ular hitam ni datang dia akan luruskan badan dia dan bukan berlingkarkan badan dia. Dan mata dia tak akan berkelip memandang. Cara nak halau dia kene bagi tau kat ular tuh "kalau kau jin baik kau pergi dari sini dan kalau kau bukan jin kau dok kat situ (bunuh ular tu terus).
Uhm... aku rasa aku macam pernah buat macam tuh. Kalau tak silap aku masa tuh aku baru tingkatan 5 pada tahun 1997. Cerita dia macam ni....
........................................................
Aku bersekolah di sekolah menengah teknik melaka tengah. Dalam jurusan kimpalan dan tamat pengajian di sekolah tu pada tahun 1997. Aku rasa tak perlulah nak cerita banyak dan straight to de point...
........................................................
aku baru je balik dari kelas dan dalam kepala otak aku berkata lepas ni aku nak basuh baju kat bawah. Kat dorm aku terdapat tempat untuk membasuh baju. Aku terus ke bilik dan memasukkan baju dan seluar yang perlu di basuh. Setelah siap memilih baju dan seluar untuk di basuh aku pun berangkat untuk ketempat basuhan baju.
........................................................
Setelah sampai... aku pun memenuhkan air kedalam besen basuhan dan kutuangkan serbuk pencuci kedalam besen berkenaan. Entah bagaimana tiba-tiba aku merasakan bulu tengkuk aku meremang dengan tiba-tiba.
Aik... apahal rasa seram je tiba-tiba ni-bisikku di dalam hati.  Aku palingkan kepala kiri dan kanan tiada apa-apa. Lalu aku pun memusingkang badan aku kebelakang... alangkah terkejutnya aku ketika itu sekor ular tedung hitam yang agak besar sedang meluruskan badan dia dan memandang tepat kearahku dengan mata kemerahan tanpa berkelip pun mata dia. Aku terasa takut yang teramat sangat... entah bagaimana tiba-tiba perasaan aku bertukar dari takut kepada berani. Dan aku menjerit kearah ular tersebut sambil berkata "kalau kau jin kau pergi dari sini...kalau kau bukan jin kau duduk situ aku nak bunuh kau!!"
........................................................
Aku pun terasa pelik yang teramat sangat kenapalah aku boleh menjadi berani dengan tiba-tiba. Seperti faham dengan kata-kata ku tadi... ular hitam tu pun terus bergegas meninggalkan tempat basuhan tersebut dan hilang dalam semak samun yang tak jauh dari tempat aku. Aku pun berlari kebilikku dan teringat aku mempunyai kayu buluh yang digunakan sebagai ampaian di dalam dorm. Aku segera mencapai kayu buluh berkenaan dan terus berlari ke tempat basuhan. Alhamdulillah... aku dah selamat dari ular hitam tersebut. aku pun meletakkan kayu buluh aku bersebelahan dengan aku kerana aku khuatir kemungkinan ular tersebut akan datang untuk menganggu aku lagi.
........................................................
Tak sampai dalam 5 minit rakan-rakan sebilik aku datang ke bilik basuhan dan tercengang bila melihat aku memegang kayu buluh itu. Wei mie!!! Kau ni kenapa? Kau ni dah gila ke? Apasal tadi aku dengar kau menjerit macam orang gila balas rakan ku kerana terkejut aku berkelakuan ganjil ketika itu. Lalu aku pun menceritakan kisah yang berlaku tadi.
........................................................
Setelah selesai membasuh, aku segera berjumpa dengan cikgu dorm blok aku dan menceritakan segalanya kepadanya. Cikgu mendengar segalanya dan menasihati aku supaya berhati-hati dimasa akan datang.
........................................................
Sehingga hari ini kisah ini menjadi satu kenangan yang aku rasakan manis dan kadangkala kenangan pelik ketika aku bersekolah di sekolah menengah teknik melaka tengah. 
........................................................
Apa yang uztaz katakan kepada ular itu sama yang berlaku ketika aku di sekolah. Dan satu lagi yang aku pelik... kenapa aku boleh berani sedangkan aku sedang berhadapan dengan seekor ular tedung hitam yang besar?

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...