Monday, July 8, 2013

Mimpi oh mimpi

Assalamualaikum...
Saja jer aku nak citer kat blog ni bukan apa just saja nak kongsi je. Kalau citer pasal mimpi... surelah tak ada orang yang tak pernah mimpi. Anyway mesti nak kene tido dulu ye tak. Aku harap mimpi yang aku nak citekan kat sini tak menganggu korang buat masa sekarang ni... (hahaha joke je jangan marah)
........................................................
Pada satu hari... hari ngan masa aku memang lupa. Badan aku punye lah penat hanya allah je yang tau macam mana punya penatnye badan ni. So nak jadikan ceritalah... aku pun tertido...
........................................................
(Alam mimpi)
Aku tiba-tiba terasa seperti sejuk yang teramat sangat dan bila aku bukakan mata aku sedang berdiri di sebuah bukit yang amat tinggi. Kalau nak katakan suasana ketika itu sungguh indah teramat sangat macam aku pegi kat Cameron Highland. Aku pun berjalan - jalan melalui lereng bukit dengan perasaan yang seronok sekali. Setelah penat berjalan... aku terlihat sebuat pokok yang amat rendang dan di bawahnya mempunyai bangku. Oleh kerana terlalu penat berjalan lalu aku duduklah kat bangku tu. Pada ketika itu memang aku merasakan suatu suasana yang amat syok sekali... dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa yang menyapu di seluruh tubuhku. Allahualam...
........................................................
Aku pun berbisik didalam hati... kalau aku stay kat sini comform aku takkan dapat tengok di sekeliling bukit tu. So... aku pun mulakan perjalanan aku... entah macam mana... tiba-tiba aku merasakan aku telah tertolak sesuatu yang keras seperti kayu. Bila aku menoleh kebelakang dan aku lihat terdapat satu payung dan kopiah. Lalu aku capai dan aku menggunakan payung tersebut dan kupakaikan kopiah di kepalaku. Kalau tak guna rugi kut... kata ku di dalam hati.
........................................................
Semasa dalam perjalanan aku menuruni bukit tersebut aku melihat pelbagai jenis bunga yang sangat cantik dan harum... hanya allah saja yang tau bau dia. Aku bersyukur dengan keindahan alam semula jadi ketika itu. Terlalu indah... terlalu cantik... terlalu... aku pun tak tau nak katakan ketika itu. Rasa nak petik aku risau takut-takut ada tuan so... aku pun malas nak petik. Kerana terlalu sukakan bunga-bunga yang ada di sana aku berikhtiar agar untuk mencari tuan punya bunga tersebut. Sayang kalau main petik je... sekurang-kurangnya bagi la duit sikit kat tuan punya bunga.
........................................................
Aku pun mulakan langkah untuk mencari tuan empunya bunga... rasanya macam dalam 15min kot aku jalan akhirnya aku telah sampai di sebuah rumah kampung yang agak cantik. Lalu aku memberi salam dan mengetuk pintu rumah tersebut. Aku mendengar orang menjawab salamku... eh!!! Girl la... adoiyai ni yang payah ni kataku didalam hati. lalu keluarlah seorang gadis bertudung putih (sory ye bukan hantu-cuba pikir la korang takkan la hantu nak jawab salam aku)cun!!!! Er... cik... bunga yang ada kat depan sana sapa punye ye? Jawabku tergagap... encik... kalau encik nak... ambil la jawab gadis tu dengan tersenyum manis. Ya allah... lawanya... macam bidadari dalan syurga fuh lawa siot!!!. Er... nak kene bayar ke? Jawabku lagi. Takpe encik... ambil je. Aku pun memberi salam dan terus pergi dari rumah tu untuk mengambil bunga sebagai kenang-kenangan. Aku pun mengambil beberapa kuntum bunga lalu ku teruskan perjalanan untuk menuruni bukit tersebut.
........................................................
Bila dah sampai ke kaki bukit. Aku melihat terdapat pondok bas kat situ dan beberapa orang sedang menunggu di sana. Aku pun pergi ke pondok bas berkenaan dan menunggu bas sehingga sampai. Tunggu punya tunggu sampai la bas kat perhentian bas tu. Aku kuncupkan payungku dan aku menunggu giliran untuk naik ke bas berkenaan. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang tua... Assalamualaikum katanya... Waalaikum salam jawabku. Ustaz... katanya mungkin bulan 12 ni pilihan raya kot... eh!!!! Bila pulak nak pilihan raya ni. Bukan  ke dah abis... pulak tu bila pulak aku jadi ustaz ni? Belajar agama pun tak abis... aku amati lama-lama orang tua tu... ya allah muka orang tua tu sebijik macam tuan guru nik aziz!!! Aku tak berkata apa-apa hanya terdiam sahaja. Aku pun menaiki bas dan... aku pun tersedar dari mimpi aku.
........................................................
Aku pun berlari ke bawah dan aku ceritakan segalanya kat mak ngan ayah. Diorang ketawa besar bila aku bagi tau apa yang berlaku kat dalam mimpi aku.
........................................................

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...