Thursday, March 24, 2016

Kaulah kekasihku (mak & ayah)

Mak & Ayah...

Kalau aku cakap dunia ni bulat ntah korang percaye ke tidak (tengok globe dunia kalau tak percaya). Tak perlulah aku nak cerita lebih2 pasal perihal dunia ni tapi aku nak ceritakan kat sini kehidupan aku dengan kedua orang tua aku...

Cuba korang dengar lagu raya ku pohon restu ayah bonda... Tak payah dengar sampai abis tapi try dengar rangkap pertama lagu tu...

"( …Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata… )".

1. Bila dah jauh baru nak teringat kat diorang.
2. Bila diorang dah tak ade baru terasa kehilangan diorang. Masa tu la korang nak nangis macam orang gila...

Kamon la... bukak minda tu besar2 diorang hidup sekali jer bukan dua @ 3 kali tapi sekali jer... aku repeat sekali jer... kenapa masa diorang masih hidup korang tak moh abiskan masa dengan diorang? Tepuk dada tanya iman!!! Ingatlah... semasa kita menjadi anak, dua manfaat yang besar tuhan berikan kat kita iaitu mak/ibu & ayah. (Jagalah syurga dunia ni semasa diorang masih lagi bernyawa).

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya" (Hadis Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim). Tidak akan putus rezeki bagi anak yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya" (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).

Sebab itulah bagi mereka yang masih ada mak, masih ada ayah, tolong layan mereka elok-elok, jaga hati mereka, taatlah pada perintah mereka, ikutlah apa yang baik yang dikata oleh ayah kita, buatlah apa yang baik yang disuruh ibu kita, jangan tengking mereka dan jangan sesekali pun menderhakai mereka.

Kata Rasulullah SAW bahawa tiga jenis manusia yang tidak akan masuk syurga iaitu anak-anak yang derhaka terhadap ibu bapa, orang yang mengekalkan minum arak dan sesiapa yang memutuskan silatulrahim, bahkan mereka tidak akan dapat mencium pun bau syurga.

Bagi yang masih ada ayah, tengok pada wajah ayah, tengok pada kedut tangan dia, tangan itulah yang bekerja tulang empat kerat nak bagi kita makan sampailah kita berjaya seperti hari ini. Jangan lupa tu. Ayah kita hari ni sudah jalan terbongkok-bongkok pi masjid, dulu badan dia tegap, badan dia tegap cari rezeki, tapi sampai bongkok pun dia masih bekerja mencari rezeki untuk anak-anak dia.

Ayah dan ibu sanggup bergolok-bergadai untuk sara anak-anak, bagi anak-anak makan dan belajar sampailah kita dewasa dan berjaya. Tapi hari ni berapa ramai anak-anak yang sanggup tanggung mak dan ayah mereka pergi haji? Nak beli motosikal kepada ayah pergi masjid pun tak sanggup, nak beli periuk nasi elektrik kepada mak pun dia tak nak. Anak-anak ni handphone boleh tukar sebulan sekali, tapi nak hantar duit belanja kepada mak dan ayah walau seratus dua ratus dalam sebulan pun tak sanggup.

Kalau sewaktu mak dan ayah kita masih ada kita tak pedulikan mereka, tunggulah nanti bila mereka dah tak ada, waktu itu menangis air mata darah pun sudah tak berguna, goncang batu nisan pun dah tak boleh buat apa-apa dah. Silap-silap baca doa tahlil pun Allah tak izinkan pahala tu sampai kepada mak dan ayah kita di dalam kubur kerana kita dah jadi anak derhaka.

Mudah-mudahan selagi ibu dan ayah kita masih ada, kita dapat sayangi mereka, dapat menjaga dan berbakti kepada mereka. Ingat! bila mereka dah tak ada, hidup ni jadi sunyi, tengok tilam tempat mak baring, tengok bantal tidur mak, tengok baju melayu ayah, menitik air mata kita. Sekarang memang tak menitik lagi air mata kita, sebab hati kita keras, tunggu bila mereka dah tak ada nanti. Masa tu nak mintak ampun pun dah tak boleh dah, mak kita dah tak boleh jawab kepada kita lagi. Kalau masa itu kita derhaka dan tak sempat minta ampun, maka bawalah dosa kita itu mengadap Allah SWT nanti.

Justeru, hari ini, sesiapa yang masih ada mak, masih ada ayah, inilah peluang untuk kita minta ampun, untuk kita minta maaf...syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

*** 5.12am 7hb March 2016

No comments:

Post a Comment

just comment apa saja dan saya akan try jawab apa2 aje...