Wednesday, November 27, 2013

Perlukah aku menyesal buat masa ini? Part2

Tahun 1999 adalah permulaan perjalanan aku menjadi seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan. Pengajian di Politeknik Shah Alam terpaksa mengambil masa selama 2 tahun, pelbagai subjek yang tak pernah aku jumpa dan terpaksa aku pelajari. aku berharap subjek yang aku belajar ini dapat aku gunakan dimasa aku berkerja nanti... Allahualam.
Pahit maung sebagai seorang pelajar aku rasai... namun aku tekad yang aku akan teruskan pelajaranku sehingga aku rasakan akan berjaya - ye ke tak tengok result final exam nanti. Hahahaha
........................................................
Dengan sedikit ilmu yang aku belajar di sekolah menengah teknik dulu dapat juga aku gunakan semasa aku belajar di Politeknik. Boleh jugak aku tersenyum kalau lecture nak test aku dengan subjek teknikal namun bila sampai bab kire mengira aku agak terkandas tapi aku tekad dan try sebaik mungkin.
.....................................................
Sebut sahaja kejuruteraan mesti korang terpikir pasal bab kira2. Susah memang susah!!! Boleh la aku letak kat sini pepatah orang tua...
telan mati mak diluah mati bapak...
kalau tak belajar tak pas kalau belajar rasa macam tak tau nak pakai tang mana hahahahha. 
Alhamdulillah tuhan memudahkan perjalananku sebagai seorang pelajar dimana tiada subjek yang aku gagal selama aku digelar sebagai seorang pelajar. 
........................................................masa telah tiba... pengorbananku sebagai pelajar membuahkan hasil dimana aku dapat berkerja sebagai site supervisor coordinator yang bertapak di kuala lumpur. Hasil daripada temuduga yang diadakan di politeknik bila sahaja aku habis belajar aku diminta terus bekerja di syarikat berkenaan. Dengan jawatan yang aku pakai disyarikat berkenaan aku diminta menjaga seramai 12 orang pekerja di kuala lumpur dan seramai 20 - 25 orang pekerja di kelantan dan kedah. Korang dapat bayangkan budak mentah berumur 20tahun kene bagi instruction kat orang tua maximum umur 65 tahun... kalau kerbau senang je ko sebat je kat bontut lembu tu jalan je la diorang... tapi kalau orang tua kira2 baya macam mak-bapak korang dapat tak korang bayangkan!!!
Umur yang muda dan terus memegang jawatan tinggi memang susah...
Mula - mula memang la syok tapi bila masuk 6 - 7 bulan aku rasa lain macam... mana taknya tak sempat nak berehat kene panggil bekerja. Walaupun aku bekerja dalam shif normal tapi... aku dapat rasakan aku seperti berkerja selama 24 jam setiap hari.
2 minggu sekali kene pergi site visit kat kelantan dan kedah. And then kene bagi laporan dekat boss. Macam mana keadaan mesin... macam mana ngan pekerja kat situ... dgn kata lain aku perlu mendapat laporan penuh dari pekerja, mesin, dan site.
........................................................

Monday, November 11, 2013

Perlukah aku menyesal buat masa ini? Part 1

Assalamualaikum....
Pasal tiada perkara yang berfaedah yang boleh aku nk buat so... aku rasa ada baiknye aku tulis dalam blog aku ni. Tak ada cerita yang best buat sekarang ni so ada baiknye aku nak merapu kat sini.
........................................................
Aku selalu terpikir kenapa aku amik kerjaya sebegini? Kalau mengikutkan profile aku dan cara aku memang aku tak dinafikan memang sama. Tapi sebelum aku nak meneruskan mengenai kerjaya aku ini baik aku ceritakan sikit kisah lama  bagaimana aku boleh berkecimpung dalam bidang ini.
........................................................
Selepas berakhirnya zaman SPM maka aku akan beralih ke zaman kerjaya. 2 sahaja pilihan aku yang...
1. Kerja jaga pokok.
2. Kerja benda dan barang yang boleh aku repair.
Uhmmm... aku nak start dulu dengan kerja jaga pokok.
Tanam pokok & mancing adalah hobi aku dari kecil lagi. Mesti korang pelik kenapa aku berminat sunguh dengan pokok ni... sekiranya aku tak pergi Cameron Highland sampai sekarang aku takkan suka dengan pokok. Dan aku juga suka pada alam sekitar yang penuh kehijauan. ........................................................
Yang kedua pula kerja benda dan barang yang boleh aku repair.  Semuanya datang dari pengaruh kartun yang aku tengok pada zaman kanak - kanak lagi. Kartun Transformer adalah satu contoh terbaik yang boleh aku ketengahkan dalam blog aku ni. Siapa yang tak tau kartun transformers, comform terus korang kenal sapa hero dia... betul tak!!! Optimusprime... seorang leader best of the best. Boleh dijadikan ikon terbaik buat aku ketika itu.
Oleh kerana terikut - ikut dengan cerita kartun ni, aku pun mula la membuat pelbagai model yang datangnya dari barang - barang buangan seperti kotak, pemadam pansel dan lain - lain lagi. Sehinggakan aku sangup membeli banyak pemadam pensel dan aku potong untuk digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan sebuah model robot. Aku rasa korang pun pernah buat... hahahahaha....
........................................................
Setelah mendapat result spm yang tidaklah seberapa, aku ditawarkan untuk memilih diantara bahagian perkayuan ataupun bahagian kejuruteraan. 
Kedua - dua tawaran aku terima daripada UPM dan Politeknik. Sekiranya aku meneruskan pembelajaranku kedalam bidang perkayuan aku akan meneruskan ke UPM. manakala sekiranya aku meneruskan pengajianku ke bahagian kejuruteraan, aku akan belajar di Politeknik. 
Bak kata orang tua telan mati mak diluah mati bapak. Pening jugak kepala aku nak memilih. Kedua - dua bidang aku suka... argh aku buntu!!!
........................................................
Aku berbincang dengan kedua - dua orang tua aku lalu aku memilih bidang kejuruteraan, aku berharap bahawa bidang yang akan aku teruskan ini dapat menjamin masa depanku Allahualam...
........................................................
Walaupun dapat green light daripada kedua orang tua aku tapi aku masih berfikir dalam - dalam takut - takut menyesal di kemudian hari nanti. So aku pun start berfikir... yang bestnye borang yang datang dari UPM dan Politeknik telah aku isi...
Pengajianku di Politeknik tidaklah lama cuma mengambil masa hanya 2 tahun sahaja tetapi sekiranya aku melanjutkan ke UPM, aku terpaksa mengambil masa selama 6 tahun bagiku ianya mengambil masa yang terlalu lama. Mungkin aku masih lagi tidak matang pada ketika itu. Sekiranya aku dapat menghabiskan pelajaranku di UPM, Kemungkinan nanti aku hanya akan berkebun di ladang... dan satu lagi kalau kirakan masa dan tempoh diantara UPM  dan Politeknik, aku terpaksa mengorbankan masa aku selama 4 tahun... argh satu tempoh yang terlalu panjang bagiku... baik aku ambil Politeknik tidaklah lama hanya 2 tahun sahaja bisikku didalam hati. Lalu aku memilih meneruskan pengajianku ke politeknik iaitu dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Satu - satunya pemilihan yang tidak matang yang hanya melihat tempoh masa dan jenis pekerjaan yang bakal aku terima kelak. 
........................................................
Dengan berbekalkan wang kerja sambilan aku di kilang dapatlah aku gunakab untuk membeli barang - barang kelengkapan sebelum aku belajar nanti disana. Kelengkapan barang kejuruteraan masih lagi aku simpan dirumah. Takkan nak beli kot... aku bukannyan anak orang kaya hanya yang menggunakan jari telunjuk sakti aku dapat memuaskan nafsu aku heheh...untungnye kalau aku dapat duduk dalam keluarga begitu. Aku faham dengan situasi keluarga aku yang serba serdahana aku tetap bersyukur. biar sekarang susah jangan keesokkan hari nanti susah... tak ada siapa yang akan tolong aku melainkan diri aku. Sehinggalah terciptalah satu falsafah sehingga kini aku gunakan dan insyaallah aku akan gunakan sampai bila - bila "aku buat dia dan bukan dia buat aku" dari falsafah ini aku dapat merasakan satu aura yang sangat kuat memancar terus dalam hidup aku. Menguatkan keazaman dan membantu aku mengalahkan semangat yang lemah dengan kata lain ia menjadikan aku lebih positif dan matang dalam memilih jalan hidup aku. 
......................................................................
Setelah memasuki politeknik, mata aku lebih luas dan pelbagai jenis orang aku lihat dan pelbagai jenis perangai aku tengok. Kalau aku tersilap langkah aku tak tau la aku jadi apa nanti... allahualam...
........................................................................
Semasa dalam pengajian aku dipoliteknik, aku diberitahu mengenai pinjaman pengajian. Dimana pelajar boleh memohon pinjaman kementerian atau pinjaman anak negeri. Heheh... aku pun cuba kedua - duanya, pinjaman kemeterian pelajaran malaysia aku mintak dan pinjaman anak negeri sembilan pun aku mintak. Pergh... dua - dua aku dapat beb! Pinjaman kementerian rm4000 & pinjaman anak negeri sembilan rm6000.
Aku terkejut besar bila mendapat khabar daripada pengarah politeknik bahawa pelajar politeknik mendapat 2 atau lebih tajaan terpaksa ditolak. Sedih memang sedih rm 6000 tu beb bukan kecik dan macam - macam boleh aku beli... ah.. biarlah asalkan ada duit aku gunakan nanti semasa kat politeknik nanti. 
...............................................................................