Monday, November 24, 2014
Pelbagai Pengertian Hikmah
-Mengetahui hakikat sesuatu.
-Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia. (Lisan Al Arab)
-Mengawal jiwa dan naluri ketika marah.
-Kalam yang dita’birkan berdasarkan pengalaman dan percubaan yang selari dengan kebenaran.
(Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim)
Para ulama’ juga memberikan pelbagai tafsiran mengenai pengertian hikmah antaranya:
Al-Imam Al-Qurtubiy menegaskan: Al-Hikmah ialah segala apa yang benar berkaitan dengan i’tiqad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan.
(Tafsir Al-Qurtubiy)
Ibn Abbas menafsirkan: Hikmah sebagai akal, kefahaman. Manakala Mujahid pula berkata: Hikmah ialah akal, kefahaman dan perkataan yang tepat dan betul.
Hikmah sepertimana yang disebut di dalam tafsir Al-Manar ialah kefahaman yang baik terhadap kitab Allah ‘Azza Wa Jalla dan mendalami segala hukum–hakamnya. Mengenali segala maksud dan rahsia yang tersirat di sebalik hukum-hakam tersebut. Bukan setakat memahami perkara zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Kebahagian terhadap individu dan masyarakat pada sudut material dan spritual. Apabila persoalan ini dapat digarap maka amalan praktikal dapat digerakkan dengan cara yang paling jitu.
Sebahagian ahli falsafah mengibaratkan hikmah sebagai: “Berakhlak dengan akhlak Allah ‘Azza Wa Jalla.” Maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla dengan kadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.
(Al-Aql Wa Al Ilm Fi Al Quran)
Al-Imam Al-Fakhrur Raziy berkata: Ketahuilah bahawa hikmah tidak terkeluar daripada dua konsep, iaitu pada teori dan praktikal. Ini kerana, kesempurnaan insan hanya dengan dua perkara:
- Mengenali kebenaran (iaitu beriman dengannya)
- Mengetahui kebenaran untuk beramal.
Perkara pertama diasaskan pada aspek keilmuan dan pengetahuan yang bersesuaian. Manakala perkara kedua diasaskan pada perlaksanaan, konsep keadilan dan mengikut hala tuju yang tepat.
Al-Imam Al-Fakhrur Raziy telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan dengan hikmah pada sudut teori dan praktikal sepertimana berikut:
1. Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengisahkan tentang Nabi Ibrahim AS berkaitan hikmah pada sudut teori dan praktikal dalam firman-Nya yang bermaksud:
Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama.
(As Syuara`: 83)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori manakala sambungannya dibawah menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.
Maksudnya firman Allah: Dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih.
(As-Syuara`: 83)
2. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyeru Nabi Musa AS dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah ‘Azza Wa Jalla; tiada Tuhan melainkan Aku.
(Toha: 14)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat seperti yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:
Maksud firman -Nya: Oleh itu, sembahlah akan Daku.
(Toha: 14)
3. Allah ‘Azza Wa Jalla menjelaskan tentang Nabi Isa AS dalam firman-Nya yang bermaksud:
Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah ‘Azza Wa Jalla; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
(Maryam: 30)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal,firman Allah yang bermaksud:
Dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
(Maryam: 31)
4. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ‘Azza Wa Jalla.
(Muhammad: 19)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal,firman Allah yang bermaksud. Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan.
(Muhammad: 19)
5. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada sekelian para anbiya’,firman-Nya yang bermaksud:
Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kepada (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-Rasul: Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku.
(An-Nahl: 2)
Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungannya pada ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal,maksud firman Allah Ta'ala:
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaKu.
(An-Nahl: 2)
( Tafsir Ar-Raziy)
Wallahu'alam....
copy paste from :
http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/2010/10/hikmah-dan-kepentingannya.html
Tuesday, September 9, 2014
Aku
Kau kenal aku.
Tapi... aku tak kenal kau.
Aku sihat... aku sorang - sorang
Aku sakit... aku sorang - sorang
Aku penat... aku sorang - sorang
Aku susah... aku sorang - sorang
Pernah ke aku susahkan kau...
Pernah ke aku merayu kesusahan aku kat kau.
Pernah ke... pernah ke?
Aku bersyukur dengan nikmat yang allah berikan kepada aku.
Aku tak perlukan kemuliaan dari manusia yang berada sekelilingku.
Aku tak perlukan nama yang gah sehingga mengalahkan nama yang maha esa.
Cukuplah apa yang ada dan aku bersyukur dengan apa yang ada.
Sehingga kini biarlah aku berseorangan kerana aku takut yang aku akan mengguris hati dan perasaan si dia.
Aku bukanlah penakut.
Aku bukan seorang yang berani.
Aku bukan seorang yang kuat.
Aku suka membantu tapi aku tak suka dibantu.
Kerja bagiku adalah ibadah dan kadang kala membuatkan aku lesu keseorangan menangung penderitaan tangungjawab yang berat.
Aku rimas dengan janji - janji palsu dari orang sekelilingku.
Aku rimas dengan persoalan yang perlu aku selesaikan setiap waktu.
Aku rimas dengan perangai hantu yang bertopengkan manusia.
Sehingga aku terlupa siapa aku...
Monday, February 17, 2014
Adakah aku telah bersedia...
Aku rasa macam nak demam... aku mengadu sakit...
Aku macam nak pening... aku mengadu sakit...
Kadangkala semasa tangan aku tercalar atau terkena duri... aku akan mengadu sakit...
Jangan kata time kene suntik dgn doktor pun mesti aku... mengadu sakit...
Kenapa masa aku lapang... aku selalu lupakn dia...
Dan tapi kenapa... aku mempunyai masa yang lapang yang banyak tapi.... aku selalu lupakan dia...
Tapi kenapa masa aku tengah kesempitan aku selalu sebut nama dia...
Tapi kenapa aku ditimpa musibah... selalu aku sebut.... nama dia
Tapi...
Tapi...
Tapi...
Berapa banyak tapi... tapi... tapi...
Hipokrit? Apa tu?
Aku ni hipokrit ke...
Hipokrit apa tu!!!
Apa tu hipokrit!!!
Pernahkah aku bersujud?
Pernahkah aku berdoa sunguh2 kat dia?
Pernahkah aku menangis akan keesaan dia?
Pernahkah aku...
Pernahkah aku...
Pernahkah aku...
Bila lagi aku nak tadahkan tangan!!!
Tepuk dada tanya iman...
Tepuk dada tanya hati...
Tepuk dada tanya minda...
Tepuk dada tanya diri...
Adakah aku telah bersedia utk meneruskan hari2 yang akan datang.
Tolong aku kire mase nih
Aku nk mintak member2 aku tolong aku kire sikit...
Mat datang 10 min lebih awal dari aku.
Ajim dtg lewat sikit dari aku dlm 25 min
Rahmat sampai tepat pukul 10.55
Karim kata dia sampai dlm 30 min lagi. Tapi tipu... .dia sampai lebih dari 14 min dari masa yg dia janjikn.
Ijan kata x dpt datang tp sampai lg awal 15min dari Mat.
Ali ngan nuar sampai awal sikit 13min dari ijan tp nuar terpaksa balik pasai mak dia pangil balik.
Aduh!!! Aku sampai pukul brapa??? Masa org aku kire tp aku terlupa nk tgk pkl berapa aku sampai. Tu la jgn dok sibuk jaga tepi kain org.
Wednesday, January 29, 2014
Kisah Permulaan Diari Hidupku
aku telah meletakkan kesemuanya emosi kita,
tetapi... bagaimana aku ingin memulakan diari baruku?
aku tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan permulaan halaman diari ini...
dengan meletakkan penanda buku dalam diariku ini....
Semasa engkau dan aku keluar menunggang basikal bersama,
untuk mencari tempat pengkalan rahsia,
dimana kita boleh menimbun batu-batu kenangan,
dan kita pun berjalan ke atas bukit, untuk melihat dahsyatnya langit yang biru....
aku memegang erat diari di tangan kananku...
dan tanganku yang lain memimpinku mencari engkau...
lalu engkau datang mencari aku ketika ingin pulang
lantas kau gunakanya untuk menuntut lebih banyak lagi pengalaman manis bersama.
Wednesday, November 27, 2013
Perlukah aku menyesal buat masa ini? Part2
Tahun 1999 adalah permulaan perjalanan aku menjadi seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan. Pengajian di Politeknik Shah Alam terpaksa mengambil masa selama 2 tahun, pelbagai subjek yang tak pernah aku jumpa dan terpaksa aku pelajari. aku berharap subjek yang aku belajar ini dapat aku gunakan dimasa aku berkerja nanti... Allahualam.
Pahit maung sebagai seorang pelajar aku rasai... namun aku tekad yang aku akan teruskan pelajaranku sehingga aku rasakan akan berjaya - ye ke tak tengok result final exam nanti. Hahahaha
........................................................
Dengan sedikit ilmu yang aku belajar di sekolah menengah teknik dulu dapat juga aku gunakan semasa aku belajar di Politeknik. Boleh jugak aku tersenyum kalau lecture nak test aku dengan subjek teknikal namun bila sampai bab kire mengira aku agak terkandas tapi aku tekad dan try sebaik mungkin.
.....................................................
Sebut sahaja kejuruteraan mesti korang terpikir pasal bab kira2. Susah memang susah!!! Boleh la aku letak kat sini pepatah orang tua...
telan mati mak diluah mati bapak...
kalau tak belajar tak pas kalau belajar rasa macam tak tau nak pakai tang mana hahahahha.
Alhamdulillah tuhan memudahkan perjalananku sebagai seorang pelajar dimana tiada subjek yang aku gagal selama aku digelar sebagai seorang pelajar.
........................................................masa telah tiba... pengorbananku sebagai pelajar membuahkan hasil dimana aku dapat berkerja sebagai site supervisor coordinator yang bertapak di kuala lumpur. Hasil daripada temuduga yang diadakan di politeknik bila sahaja aku habis belajar aku diminta terus bekerja di syarikat berkenaan. Dengan jawatan yang aku pakai disyarikat berkenaan aku diminta menjaga seramai 12 orang pekerja di kuala lumpur dan seramai 20 - 25 orang pekerja di kelantan dan kedah. Korang dapat bayangkan budak mentah berumur 20tahun kene bagi instruction kat orang tua maximum umur 65 tahun... kalau kerbau senang je ko sebat je kat bontut lembu tu jalan je la diorang... tapi kalau orang tua kira2 baya macam mak-bapak korang dapat tak korang bayangkan!!!
Umur yang muda dan terus memegang jawatan tinggi memang susah...
Mula - mula memang la syok tapi bila masuk 6 - 7 bulan aku rasa lain macam... mana taknya tak sempat nak berehat kene panggil bekerja. Walaupun aku bekerja dalam shif normal tapi... aku dapat rasakan aku seperti berkerja selama 24 jam setiap hari.
2 minggu sekali kene pergi site visit kat kelantan dan kedah. And then kene bagi laporan dekat boss. Macam mana keadaan mesin... macam mana ngan pekerja kat situ... dgn kata lain aku perlu mendapat laporan penuh dari pekerja, mesin, dan site.
........................................................
Monday, November 11, 2013
Perlukah aku menyesal buat masa ini? Part 1
Pasal tiada perkara yang berfaedah yang boleh aku nk buat so... aku rasa ada baiknye aku tulis dalam blog aku ni. Tak ada cerita yang best buat sekarang ni so ada baiknye aku nak merapu kat sini.
........................................................
Aku selalu terpikir kenapa aku amik kerjaya sebegini? Kalau mengikutkan profile aku dan cara aku memang aku tak dinafikan memang sama. Tapi sebelum aku nak meneruskan mengenai kerjaya aku ini baik aku ceritakan sikit kisah lama bagaimana aku boleh berkecimpung dalam bidang ini.
........................................................
Selepas berakhirnya zaman SPM maka aku akan beralih ke zaman kerjaya. 2 sahaja pilihan aku yang...
1. Kerja jaga pokok.
2. Kerja benda dan barang yang boleh aku repair.
Uhmmm... aku nak start dulu dengan kerja jaga pokok.
Tanam pokok & mancing adalah hobi aku dari kecil lagi. Mesti korang pelik kenapa aku berminat sunguh dengan pokok ni... sekiranya aku tak pergi Cameron Highland sampai sekarang aku takkan suka dengan pokok. Dan aku juga suka pada alam sekitar yang penuh kehijauan. ........................................................
Yang kedua pula kerja benda dan barang yang boleh aku repair. Semuanya datang dari pengaruh kartun yang aku tengok pada zaman kanak - kanak lagi. Kartun Transformer adalah satu contoh terbaik yang boleh aku ketengahkan dalam blog aku ni. Siapa yang tak tau kartun transformers, comform terus korang kenal sapa hero dia... betul tak!!! Optimusprime... seorang leader best of the best. Boleh dijadikan ikon terbaik buat aku ketika itu.
........................................................
Setelah mendapat result spm yang tidaklah seberapa, aku ditawarkan untuk memilih diantara bahagian perkayuan ataupun bahagian kejuruteraan.
Kedua - dua tawaran aku terima daripada UPM dan Politeknik. Sekiranya aku meneruskan pembelajaranku kedalam bidang perkayuan aku akan meneruskan ke UPM. manakala sekiranya aku meneruskan pengajianku ke bahagian kejuruteraan, aku akan belajar di Politeknik.
Bak kata orang tua telan mati mak diluah mati bapak. Pening jugak kepala aku nak memilih. Kedua - dua bidang aku suka... argh aku buntu!!!
........................................................
Aku berbincang dengan kedua - dua orang tua aku lalu aku memilih bidang kejuruteraan, aku berharap bahawa bidang yang akan aku teruskan ini dapat menjamin masa depanku Allahualam...
........................................................
Pengajianku di Politeknik tidaklah lama cuma mengambil masa hanya 2 tahun sahaja tetapi sekiranya aku melanjutkan ke UPM, aku terpaksa mengambil masa selama 6 tahun bagiku ianya mengambil masa yang terlalu lama. Mungkin aku masih lagi tidak matang pada ketika itu. Sekiranya aku dapat menghabiskan pelajaranku di UPM, Kemungkinan nanti aku hanya akan berkebun di ladang... dan satu lagi kalau kirakan masa dan tempoh diantara UPM dan Politeknik, aku terpaksa mengorbankan masa aku selama 4 tahun... argh satu tempoh yang terlalu panjang bagiku... baik aku ambil Politeknik tidaklah lama hanya 2 tahun sahaja bisikku didalam hati. Lalu aku memilih meneruskan pengajianku ke politeknik iaitu dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Satu - satunya pemilihan yang tidak matang yang hanya melihat tempoh masa dan jenis pekerjaan yang bakal aku terima kelak.
........................................................
