Friday, March 31, 2017

Bersabarlah hati...

Aku pernah mendengar semua ketua - ketua melaungkan "kita ini duduk satu bumbung bukan bukan payung".

Dan...

Aku berharap bumbung dimana kita duduk ni dapat kukuh selamanya dari hujan diluar sana...

Dan...

Aku juga berharap jangan ada diantara kita sangup merosakkan bumbung yang selama ini menjadi tempat berteduh kita...

Dan akhirnya...

Kerana sedikit kehausan kita sangup memecahkan bumbung yang selama ini menjadi tempat berteduh semata-mata setitik air hujan diluar sana...

Amie Reel - 31/3/2017

Wednesday, April 6, 2016

Peringatan untuk diriku ini

Sekiranya rasa bersalah buat apa takut nak mengaku diri bersalah.
kalau rasa diri tu betul jangan takut dikritik. Memerima pendapat satu latihan hati kerana pendapat yang diterima adakalanya betul dan adakalanya samar - samar. bila pendapat tu nampak agak samar - samar lihatlah sendiri... Gunakanlah segala pancaindera yang ada. Tuhan jadikan pacaindera manusia cukup sempurna. Tak perlulah dengar suara yang samar - samar yang ko rasa entah betul atau tidak. 

ikut hati - mati
ikut rasa - binasa
ikut nafsu - lesu
ikut iman - insyaallah aman....

Terimalah hakikat manusia tak pernah sempurna. Carilah kawan untuk bersama - sama menuju ke syurga. Yakinlah pada tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. ikatlah hati dengan "Amal ma'ruf nahi mungkar & Islam itu indah dengan syariat dari kekasihnya - Rasulullah s.a.w.

Ya Allah... Kuatkan hatiku dan halalkanlah perjalanan hidupku didunia ini. Perjalananku akan sampai ke penghujungnya nanti... entah esok entah lusa.... Allahualam...

Saturday, March 26, 2016

Oh nyamuk!!!!!

Assalamualaikum....
Lama jugak aku tak menconteng kat dalam bloger buruk aku ni. Aku pun tak tau macam mana nak mulakan bloger ni, blasah je la asalkan ada bunyi, yang penting orang paham apa yang aku nak sampaikan dalam ni.
........................................................
27.7.2013
Hari ini rumah mak dipenuhi dengan sanak saudara yang datang berkunjung untuk berbuka puasa.
Aku...? Aku menggigil kesejukkan didalam bilikku. Kenapa aku menggigil? Aku pun tak tau kenapa.... dengan keadaan bilik yang panas ala sauna bukannya sejuk macam kotak peti ice.
Aku mendengar azan yang menandakan telah masuk waktu maghrib membolehkan umat islam menjamu juadah berbuka puasa. Dengan hayunan kaki yang malas dengan tumpuan mata yang berpinar aku menuruni tangga dengan berhati-hati aku menuju kearah tetamu. Dengan wajah yang kusut aku bersalaman dan terus memuju ke arah bilik air untuk membasuh muka dan mengosok gigi sebelum berbuka puasa bersama tetamu yang ada di dalam tadi.
........................................................
Degan pelbagai juadah berbuka puasa yang terhidang di atas meja menaikkan sedikit semangatku untuk aku menjamu tetapi dengan keadaan tekak yang agak payau menghambarkan sedikit semangat ini. aku capai beberapa buah kurma... burp (terlalu manis!) aku berlari - lari anak ketandas dan memuntahkan kembali sisa kurma bersama - sama air oren yang ku minum sebentar tadi. urgh... kepala mula berpusing - take five dlu busikku. 
lebih baik aku duduk lama sedikit kat dalam jamban ni kalau tak mesti diorang bertanya kat aku. Untuk menjaga hati dan perasaan tetamu yang hadir dirumahku... aku perlu duduk di sini sebentar. ku tarik hose dari paip air dan ku basahkan mukaku... oh segarnya.
.......................................................
aku kembali ke meja makan dan mengambil kembali bekas cawanku yang berisi air untuk ku minum - puas  dan aku merasakan agak segar kembali apabila air menerjah masuk kedalam halkumku seterusnya memasukki dalam badanku - burp "alhamdulillah"
Mak merasa jangal dengan tingkah laku aku hari ini dan bertanya kenapa - mak abang ok jer, kataku sambil tersenyum. perut terasa lapar yang amat sangat tetapi butiran nasi yang masuk memeritkan tekakku semasa aku menelan. dengan keadaan nasi dan lauk yang masih berbaki didalam pingan, aku terus kedapur lalu ku buang - membazir betul bisikku.
.......................................................
aku segera naik kebilikku dan tidur.
.......................................................
27.7.2013 - 2.45 pagi 
Panasnya!!!! aku terbangun dari tempat tidurku. dengan sedikit berpeluh aku mengangkat bantal dan selimut dan menuju kebawah - tidur kat atas sofa...
.......................................................
28.3.2013 - 5.00 pagi  
aku merasakan kehangatan belaian tangan dari seorang ibu di sekitar kepalaku.... mak meletakkan tangannya dan mengusap kepala dan leherku - panas katanye. Abang bangun... jom sahur mak dah siapkan bubur - ok jawabku ringkas. dengan perut yang terlalu lapar aku mesti habiskan bubur bawang bercampur dengan ikan 
bilis goren nie. sedap!!! aku terus ke sofa kembali dan tidur.....
.......................................................
28.3.2013 - 7.00 pagi
aku bangun dari sofa dan terus ke toilet, ku gosok gigi dan membasuh muka, tangan dan kaki, dan aku terus menuju ke bilik untuk amil dompet yang teletakdiatas meja komputer. kucapai kunci motor dan terus ke klnik kerajaan untuk membuat pemeriksaan untuk keadaan kesihatanku. setelah nomborku di ambil, aku dilayan oleh seorang nurse cina - awak sakit ape katanye lembut. demam dan pening jawabku ringkas.
diletakkan termometer kedalam mulutku dan mengambil tekanan nadi di lenganku. 

muka nurse mula berubah setelah melihat bacaan daripada termometer - awak sudah makan panedol? - katanye agak tinggi. belum kataku agak ringkas. beliau terus memberiku panedol dan menuju ke arah bilik bilik doktor. lebih kurang 7-8 minit aku dipanggil masuk kedalam bilik doktor.
.....................................................
kenapa dengan saya doktor? bila saya tengok bacaan dari termometer dan bacaan tekanan darah awak.... saya nak awak pergi ke klinik cheras untuk ambil darah. baiklah doktor kataku. oh ya awak pergi ke bilik 6 untuk ambil tube sebelum pergi kesana. ok doktor jawabku dan terus menuju kebilik 6. selang beberapa minit aku dipangil. aku di ambil darah dan tube yang berisi darahku aku hantar ke klinik cheras. 
.......................................................
lebih kurang 20 minit menunggu, nama ku di pangil untuk mengambil bacaan darah. tak paham aku apa yang diorang tuliskan ni. aku terus ke motor dan terus ke klinik kerajaan semula. bacaan dari makmal aku berikan kepada nurse cina tadi. awak tunggu sekejap, kejap lagi saya pangil ye - jawab nurse. aku hanya mengangguk sahaja. 
.......................................................
namaku dipanggil, aku terus kebilik doktor, AWAK NAK PERGI HOSPITAL MANA? katanye agak tinggi. HUKM, HKL aku agak bingung dengan pertanyaan doktor tadi. 
kenapa perlu ke hospital? takkan kat klinik tak boleh kataku dengan perasaan yang agak berdebar -debar. biar saya terangkan kat sini ye - kata doktor...
1. platelate dalam darah awak terlalu sedikit
2. tekanan darah awak terlalu rendah
3. darah merah awak terlalu pekat
silap hari bulan awak boleh pengsan ni - kata doktor...  kalau cemtu saya nak pergi ke Hospital Serdang kataku dengan perasaan yang penuh persoalan. doktor mengambil helaian kertas dan dituis kedalam tu. aku cuba mengintai apa yang ditulis tadi. sepatah haram aku tak faham! oh ya... awak terus pergi ke bahagian kecemasan lepas tu bagi diorang surat ni. 
.......................................................
 28.3.2013 - 12.00 tengahari
ayah... tolong hantar abang ke hospital serdang sekarang... haaaa Hospital Serdang kau nak buat ape kat situ? camnie yah... doktor suruh pergikat situ, kata dia nak follow up balik dengan ujian pagi tadi. 
ayah bergegas masuk kebilik dan mencapai kunci kereta.
.......................................................
28.3.2013 - 12.20 tengahari
kami terus menuju  ke bahagian kecemasan dan aku serahkan surat ke attendant yang sedang bertugas di bahagian kecemasan. setelah membaca surat tadi beliau bergegas mengambil kerusi roda dan meminta aku duduk. dengan kelajuan supersonik (saje nak lawak) aku di buat pemeriksaan kembali dengan mengambil tekanan darah, diambil suhu badan danaku di hantar ke wad kecemasan sementara. seorang doktor datang kearahku dan melihat 2 bacaan dari surat doktor dari klinik kerajaan dan laporan daripada attendant yang bertugas. aku ditukarkan dari kerusi roda ke kerusi roda yang lain dan di masukkan air. pergh... sakit gila bila jarum yang panjang di masukkan kedalam lengan kiri aku.....
.......................................................
28.3.2013

Thursday, March 24, 2016

jom belajar bersyukur (bujang only)

dh lama x tulis ape2 ni sooo.....

hari ni, aku bersyukur sangat Allah lambatkan jodoh aku. Sebab apa aku bersyukur? Aku bersyukur bila kakak dan adik-adik aku kahwin, aku boleh tolong mak ayah aku dan dorang time kenduri. Aku boleh ambil cuti awal. Aku tak payah nak minta izin sesape nak balik kampung. Aku boleh balik cuti lama sampai kenduri settle. Aku boleh tolong jagakan anak-anak kakak aku bila dia orang memerlukan. Bab nie pun aku tak perlu minta izin sesape dan tak perlu nak bahagi masa dengan sesapa. So, aku boleh tolong dorang dengan senang hati. Hari ini baru aku nampak, apa yang Allah aturkan dalam hidup aku cukup cantik. Allah nak aku belajar dari pengalaman hidup berkeluarga kakak dan adik2 aku. Banyak bendalah aku belajar. Cuma tak tahu lah pandai ke idak nie ... he he he

ya allah jauhkan lah....

paling aku risau... Ya Allah... janganlah aku termasuk didalam golongan dibawah...

Rasulullah saw bersabda:
Ada tiga golongan orang yang kelak pada hari kiamat akan menjadi musuhku. Barangsiapa menjadi musuhku maka aku memusuhinya.
Pertama, seorang yang berjanji setia kepadaku lalu dia ingkar (berkhianat).

Kedua, seorang yang menjual orang yang merdeka (bukan budak) lalu memakan uang harga penjualannya.

Ketiga, seorang yang mengkaryakan (memperkerjakan) seorang buruh tapi setelah menyelesaikan pekerjaannya orang tersebut tidak memberinya upah. (HR. Ibnu Majah)

Kaulah kekasihku (mak & ayah)

Mak & Ayah...

Kalau aku cakap dunia ni bulat ntah korang percaye ke tidak (tengok globe dunia kalau tak percaya). Tak perlulah aku nak cerita lebih2 pasal perihal dunia ni tapi aku nak ceritakan kat sini kehidupan aku dengan kedua orang tua aku...

Cuba korang dengar lagu raya ku pohon restu ayah bonda... Tak payah dengar sampai abis tapi try dengar rangkap pertama lagu tu...

"( …Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata… )".

1. Bila dah jauh baru nak teringat kat diorang.
2. Bila diorang dah tak ade baru terasa kehilangan diorang. Masa tu la korang nak nangis macam orang gila...

Kamon la... bukak minda tu besar2 diorang hidup sekali jer bukan dua @ 3 kali tapi sekali jer... aku repeat sekali jer... kenapa masa diorang masih hidup korang tak moh abiskan masa dengan diorang? Tepuk dada tanya iman!!! Ingatlah... semasa kita menjadi anak, dua manfaat yang besar tuhan berikan kat kita iaitu mak/ibu & ayah. (Jagalah syurga dunia ni semasa diorang masih lagi bernyawa).

Sabda Rasulullah SAW : "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya" (Hadis Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim). Tidak akan putus rezeki bagi anak yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya sepertimana sabda Rasulullah SAW : "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya" (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami).

Sebab itulah bagi mereka yang masih ada mak, masih ada ayah, tolong layan mereka elok-elok, jaga hati mereka, taatlah pada perintah mereka, ikutlah apa yang baik yang dikata oleh ayah kita, buatlah apa yang baik yang disuruh ibu kita, jangan tengking mereka dan jangan sesekali pun menderhakai mereka.

Kata Rasulullah SAW bahawa tiga jenis manusia yang tidak akan masuk syurga iaitu anak-anak yang derhaka terhadap ibu bapa, orang yang mengekalkan minum arak dan sesiapa yang memutuskan silatulrahim, bahkan mereka tidak akan dapat mencium pun bau syurga.

Bagi yang masih ada ayah, tengok pada wajah ayah, tengok pada kedut tangan dia, tangan itulah yang bekerja tulang empat kerat nak bagi kita makan sampailah kita berjaya seperti hari ini. Jangan lupa tu. Ayah kita hari ni sudah jalan terbongkok-bongkok pi masjid, dulu badan dia tegap, badan dia tegap cari rezeki, tapi sampai bongkok pun dia masih bekerja mencari rezeki untuk anak-anak dia.

Ayah dan ibu sanggup bergolok-bergadai untuk sara anak-anak, bagi anak-anak makan dan belajar sampailah kita dewasa dan berjaya. Tapi hari ni berapa ramai anak-anak yang sanggup tanggung mak dan ayah mereka pergi haji? Nak beli motosikal kepada ayah pergi masjid pun tak sanggup, nak beli periuk nasi elektrik kepada mak pun dia tak nak. Anak-anak ni handphone boleh tukar sebulan sekali, tapi nak hantar duit belanja kepada mak dan ayah walau seratus dua ratus dalam sebulan pun tak sanggup.

Kalau sewaktu mak dan ayah kita masih ada kita tak pedulikan mereka, tunggulah nanti bila mereka dah tak ada, waktu itu menangis air mata darah pun sudah tak berguna, goncang batu nisan pun dah tak boleh buat apa-apa dah. Silap-silap baca doa tahlil pun Allah tak izinkan pahala tu sampai kepada mak dan ayah kita di dalam kubur kerana kita dah jadi anak derhaka.

Mudah-mudahan selagi ibu dan ayah kita masih ada, kita dapat sayangi mereka, dapat menjaga dan berbakti kepada mereka. Ingat! bila mereka dah tak ada, hidup ni jadi sunyi, tengok tilam tempat mak baring, tengok bantal tidur mak, tengok baju melayu ayah, menitik air mata kita. Sekarang memang tak menitik lagi air mata kita, sebab hati kita keras, tunggu bila mereka dah tak ada nanti. Masa tu nak mintak ampun pun dah tak boleh dah, mak kita dah tak boleh jawab kepada kita lagi. Kalau masa itu kita derhaka dan tak sempat minta ampun, maka bawalah dosa kita itu mengadap Allah SWT nanti.

Justeru, hari ini, sesiapa yang masih ada mak, masih ada ayah, inilah peluang untuk kita minta ampun, untuk kita minta maaf...syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

*** 5.12am 7hb March 2016

Monday, November 30, 2015

Sungguh indah pengalamanku

Assalamualaikum w.b.t...

Rezeki aku didunia ini hanya allah sahaja yang tentukannya...
Hidup tak semestinya senang...
Makan tak semestinye sedap...
Senang tak semestinya puas,

Ada apa dengan pangkat kalau sudu boleh menjadi garpu...
Ada ape dengan duit kalau haram dikira halal... sehinggakan peganganku pun aku boleh lupakan...

Selama ini, aku mengangkat amanah demi menjaga senyuman orang disekelilingku... pedih memang pedih bila aku mengeluarkan ayat-ayat jujur dari mulutku... ikhlas & tawakal, ku jadikan lebuhraya kehidupanku... ku kerahkan keempat-empat tulangku untuk melihat kemanisan senyuman orang yg telah ku bantu... manisnya pengalaman hanya tuhan saja yang tahu...

Allahualam...

Saturday, August 15, 2015

Pesan Imam al-Ghazali

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-

1)Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dengan dosa,,..
---
Dari Anas bin Malik r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.”

(Riwayat Muslim)

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
2)Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah dari kita..
---
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
(Riwayat Muslim).

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
3)Apabila berjumpa orang Alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu didadanya..
---
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
[Riwayat al-Bazzar]

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
4)Apabila berjumpa orang jahil anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan sedang kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui..
---
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
[Abu ad-Darda' r.a]

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
5)Apabila berjumpa orang jahat jangan anggap kita mulia sebaliknya berkata mungkin orang itu akan bertaubat pada masa tuanya sedangkan kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita...
----
.....Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal...
[Surah Luqman:34]

Bismillah.....Pesan Imam al-Ghazali :-
6)Apabila berjumpa orang kafir katakan belum tentu dia akan kafir selama-lamanya
---
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”
(Riwayat Muslim)

Terjumpa so ada baiknya aku share dalam ni... insyaallah mana tahu boleh membantu aku - kau & dia nanti...

Saturday, July 11, 2015

Perangai orang baru nak naik - bulan ramadhan 1436

Setiap hari yang allah buat sentiasa mempunyai sejarah untuk umatnya tersendiri... aku sebagai hambanya tidak terlepas dengan "sejarahnya" yang tersendiri.

Seperti dijanjikan aku akan turun untuk membantu orang yang susah. Tak kira la hari sabtu @ ahad. Seperti ku katakan dahulu. Aku seronok membantu orang dalam yang dalam kesusahan. Bukan untuk membesarkan diri tetapi untuk mencari keredhaan dari yang maha esa.

Setelah sampai di lapangan... orang telah ramai berkerumun untuk melihat pesta pemotongan paip dan kerja - kerja yang aku ketuai. Seperti biasa aspek keselamatan akan aku utamakan dahulu. Tetapi... aku agak terkejut melihat sebuah kereta hitam (tidak perlu aku terangkan jenis kereta ini) sedang parking di kawasan yang aku telah aku "marking - dilarang meletak kenderaan disini).

Dari tingkat bawah hinggalah ketingkat atas aku mengetuk pintu rumah ke rumah dan bertanyakan siapakah empunya kereta yang sedang parking disana. "Maaf en. Kami tidak tau siapa yang parking disitu"- itulah yang aku perolehi dari setiap rumah.

Tanpa banyak cerita aku meminta kelindan JCB untuk menjalankan tugas beliau. Tiba- tiba tergerak dihatiku untuk melihat di keempat-empat pintu kereta. Alhamdulillah... aku mendapat tahu siapa tuan empunya kereta . Aku pun bergegas untuk berjumpa ketua blok berkenaan. Nak tanya pakcik... pakcik kenal tak no rumah ni? Uhmm... dia ni ke? Saya kenal, dia duduk diblok sana, - sambil tangan mengacu ke blok berhampiran. Terima kasih kataku. Aku pun bergegas untuk pergi kesana.

Dengan suara serak-serak basah akibat batuk berpanjangan selama 3 hari aku memberi salam sambil mengetuk pintu kerumah berkenaan. Keluarlah seorang tua agak- agaknya umur beliau dalam lingkungan 60an.

Assalamualaikum pakcik kataku, kereta no (xxx-xxxx) kereta pakcik ke? Jawabku dengan penuh hormat.
Iya jawabnya ringkas.
Er... pakcik boleh tak pakcik alihkan kereta pakcik. Saya sedang buat kerja kat blok sebelah, jawabku ringkas.
Kalau kereta tu rosak pasal kerja awak, Saya nak awak bertanggungjawab kat kereta saya dan saya tak pegang kunci kereta tu- nada pakcik tu meninggi.
Kalau tak kene buat ape nak tanggungjawab - kataku sinis dan perlahan. Lalu aku pun beredar dari situ.

Aku turun dengan perasaan yang agak hampa. Dan aku berjumpa dengan pekerja- pekerja aku untuk ubah plan dan minta kerja dijalankan tanpa merosakkan sedikit pun kereta berkenaan.

Tiba- tiba aku melihat 2 orang lelaki sedang berlari kearah kami. "Siapa kepala kat sini- kata pemuda yang aku agak lebih kurang sebaya denganku. Tanpa banyak cerita aku mengenalkan diriku kepada pemuda itu. Dia menjerit kat aku "hei kau tak nak tanggung kalau jadi kat keta aku ni yeeee - pemuda berkenaan menjerit padaku. Kataku dengan berselamba... kalau tak jadi apa- apa buat apa nak tanggungjawab. Tiba- tiba pakcik yang aku jumpa td cuba mengeruhkan keadaan lagi. ni la orang yang kata dekat ayah tadi. Dalam hati aku... orang tua ni sound trouble kot. Aku minta orang tua berkenaan mengigatkan semula apa yang aku kata kan kat dia tadi. "Kalau jadi apa- apa kat kereta tu awak takkan tanggungjawap". Kata orang tua td. Compom sond trouble - jeritku didalam hati.

Pemuda td dengan marah terus melulu kepada aku dan cuba menarik dan mengenggam tangan untuk menumbuk aku. Alhamdulillah... seorang pemuda membantu aku menenangkan keadaan. Tanpa banyak cerita aku pun mengeluarkan kad kerja, dan aku gantungkan ke leher.
Pemuda tadi melihat kelakuan aku dan terdiam dan mungkin berpikir sekiranya...... tak perlulah aku jelaskan kat sini.

Bapa kepada pemuda berkenaan menarik badan pemuda tersebut dan cuba mententeramkan anaknye (no 2). Tetapi... seorang lagi lelaki (mungkin berumur 20an) cuba tunjuk hero dihadapan aku. Terus mengugut untuk memukul pemandu JCB berkenaan. Ketua blok terus kearah pemuda (no. 3) dan cuba menarik untuk mententeramkan keadaan supaya aku boleh memulakan kembali kerjaku semula. Sekali lagi bapa kepada remaja berkenaan menarik kedua-dua anaknya dan beredar mungkin beliau sedar semua orang sedang memerhati gelagat beliau anak beranak.

Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus menaikkan jari ibu (on signal) kepada pemandu JCB supaya kerja dapat dijalankan (dalam keadaan selamat). Entah macam mana pemandu JCB terus berpusing... argh... sah budak ni takut nak lari kot - kataku didalam hati. Aku berlari anak dan berjumpa dengan kelendan JCB dan beliau memberitahu yang beliau takut kerana takde sesiapa yang berani cover dia nanti. Aku pun ketawa dan tersenyum kepadanya.. apa lu susah der... saya kan ada - jawabku mudah.

Penat jugak aku pujuk si cina sorang ni. Harap badan je besar tapi penakut nak mampus. Tanpa banyak cerita aku cuba memujuknya kembali tetapi gagal...
Argh... tak boleh jadi ni!! Tak beraya aku tahun ni kang - kataku didalam hati. Aku terus hubungi main cont agar dapat aku menjalankan kerjaku dengan segera. Sekali lagi aku cuba untuk memujuk kembali kelendan JCB... lu apa susah bos.. saya kan ada. Kalau lu buat macamni macam mana kerja saya mahu siap boss! Kataku dengan nada tegas (suaraku agak tinggi kot). Dia tengok aku kembali dan berkata beliau akan mulakan kerja semula pada pukul 2.00 petang. - ok jawabku !

Pukul 2.00 petang...
Kelendan JCB memulakan kerja dengan penuh berhati - hati. Kalau tidak pagi tadi banyak jugak songeh dia. Apa yang aku suruh semua dia bangkang. Sekarang tau pulak nak ikut cakap aku. Geram ada marah pun ada!

Tiba - tiba aku melihat 2 orang berlari -lari anak kearahku. Aku kenal benar susuk badan dan baju yang mereka pakai. Bala dah sampai kataku didalam hati. Adik... kalau anak saya sampai nanti... saya nak awak minta maaf dekat dia dan salam kat dia- kata orang tua tadi. Ok sambil menunjuk tanda bagus kat dia.

Lebih kurang 15 minit datang seorang lelaki kearahku. Awak lead untuk kerja sini ke- kata pemuda tadi (no.1). Ya benar jawabku ringkas. Saya ni tuan punya kereta sambil menundingkan jari kearah kereta hitam bersebelahan rumah pam. Tanpa banyak bicara aku menghulurkan salam dan meminta maaf tentang kejadian tadi. Aku agak terkejut dengan ayat maaf yang beliau katakan. Saya bagi pihak family saya minta maaf dengan apa yang berlaku - kata pemuda (no. 1). Setelah bersalaman dengan pemuda (no. 1) aku melihat bapa kepada pemuda tersebut seperti serba salah dengan ayat maaf yang keluar dari anak pertama beliau. Mungkin beliau malu kot dengan telatah dari family diorang.

Alhamdulillah...

Tanpa banyak cerita aku mengarahkan pekerja aku untuk segera menimbus semula kesan korekkan tar dan tanah supaya pemuda tadi dapat mengalihkan kereta beliau ditempat yang selamat... setelah kereta dialihkan, kerja dapat dijalankan dengan baik tanpa ada sebarang masalah lagi. Alhamdulillah aku bershukur kepada Allah kerana kerja aku dapat disiapkan sehingga petang (pukul 6).

Wednesday, April 15, 2015

Rezeki tuhan bukan sahaja dari duit @ kebendaan tapi juga keselamatan

Aku istigfar byk2 dengan rezeki aku utk hari ini. Unik!!! Memang unik!!!
aku rugi duit tp rupa2nya dia nk bagi tau aku pasal masalah moto aku & keselamatan aku... Subhanallah...
3 minggu lepas tayar motor blakang pancit so aku amik keputusan pakai cacing jer pasai duit tegah kering sangat2... selepas masukkn cacing dalam tayar terkeluar pulak cacing yg baru apek td pasang... so masukkan la balik... alhamdulillah pasang free... (Rm 5.00)
Hari ketiga tayar lama...
Alhamdulillah gaji masuk!!! X sampai 5 minit bawak motor tiba2 terasa tayar belakang berat lain mcm so... aku pun turun dan periksa keadaan tayar belakang aku.... alangkah terkejutnya pancit lagi tayar aku... so aku pn amik keputusan menganti tayar baru.. (Rm 169.00)
Hari kelapan tayar baru...
Aku dlm perjalanan utk balik kerumah. "Lampu merah" - berenti la kejap bisikku dlm hati. Entah mcm mana aku merasakan berat seperti tayar pacit. Berenti sebentar utk periksa tayar aku... aku terkejut lagi! Tayar yg baru pakai ni "koyak" besor pulak tu. Adeh kepala aku mula pikir skali lagi pasal "duit". Kering kocek aku aduh!!! Aku istighfar byk... positif! Tuhan nk test aku. Aku terima je la.
Sampai di kedai moto aku pun mintak waranty kat cina tuh... relex jer mamat tu cakap. "Sory boss ini tayar talak boleh tuka maaa... ini koyak pasal kene tubuk bukan pasal defect tayar tu lol... adeh tergamam jgk le aku... termenung sekejap pikirkn... tokey! Pasang tiub boleh ke? Ok boss dia cakap. (Rm 30.00)
Hari ini... tayar baru
Lepas buat inspection lif dgn aduan dari wasap aku pun balik ler ke pejabat. Tiba2 kepala aku asyik terpikir pasal tayar belakang tuh... aku mula berjalan memasuki jalan short cut... tiba2 aku terasa berat skali lagi berat mcm tayar pancit. Aku teruskn perjalanan sampai ke opis.
Lepas dh parking moto... aku mula ler tgk tayar depan & belakang. Terkejut teramat sangat ada paku! Pancit lagi . Duit aku kering sgt2 ni... baru je lepas bayar bil streamyx utk ayah... (RM 220.00) skng ni pulak nk kene bayar plk tayar pancit ni. Aku istighfar dlm hati tapi aku tendang gak la kat tayar belakang aku tadi pasal bengang pikir pasal duit.
Alhamdulillah ada jugak hamba allah yg tolong bagi pinjam Rm 50.00 utk tukar tiub moto aku.
Tanpa byk cerita aku pn terus ke kedai moto nk tukar tiub baru...
Boss! tukar tiub brapa? Dia cakap Rm 39.00... boss ini belum kira gst lol. Kalau kire gst semua RM 43.00 sahaja lol. Aku cakap slow ngan apek tu.. apek lu mau kira RM 39.00 @ RM 43.00... klau lu mau saya bayar RM 43.00 saya mau itu risit ok kalau lu mau saya bayar RM 39.00 saya tak mau resit. Maybe dia pikir panjang terus dia cakap kat aku.... " lu punye pasal wa kasi RM 39.00" . Ok apek .
Aku perati je 1 persatu apek tu buat dia campak kat aku tiub lama kat aku. Ya Allah... aku terkejut teramat sangat!!! Tiub dh expired!!!!. Dah pasang tiub aku istighfar byk2 dan bersyukur teramat sangat.
(RM 39.00)
Jom kire brp duit aku kluar...
RM5.00 + RM169.00 + RM30.00 + RM220.00 + RM39.00 = RM463.00
Harga keselamatan aku = di tangan dia...
Hari ni punye citer kisah benar dari aku ☺

Tuesday, March 17, 2015

Aku ingin menjadi kanak-kanak semula

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbaring di atas rumput setelah letih bermain bola sambil mengigit - gigit kecil hujung rumput. Secara tiba - tiba seorang kawanku menceritakan tentang kisah silamnya. 

Cerita itu muncul lantaran, ada beberapa kanak - kabak yang tengah bermain, bergembira ria di sekitar kami. Aku yakin kanak- kanak inilah yang membuat memori kawanku terseret ke masa lalu, saat dia masih anak-anak.

“Seronok betul diorang tu yer?” kawanku bertanya dengan secara tiba - tiba. Kami mengiayakan. Aku melihat saat anak-anak yang sedang bergembira ria di sekitar kami, begitu bahagia. Tak ada beban yang terpancar dalam raut mukanya.

Anak-anak ini tidak seperti anak remaja atau dewasa yang sering dihimpitkan dengan masalah-masalah hidup yang cukup berat. Ya... , bagiku itulah seronoknya dunia pada zaman kanak - kanak.

Seronoknya pada zaman kanak-kanak adalah dunia yang penuh bahagia. Tanpa beban dan masalah. Pagi hari bangun. Belajar dan bermain dengan kawan sebayanya mereka.  Berseronok dengan keluarga. Di sayangi oleh orang sekitarnya. Tidur nyenyak tanpa beban masalah. Tapi inilah kehidupan. Bahwa pengharapan kadang tidak sesuai dengan kenyataan.

“Dahulu... ketika aku masih kanak-kanak, aku begitu ingin segera untuk menjadi orang dewasa. Kataku...  Bahkan saat itu saya menginginkan untuk menjadi dewasa”. “Mie, aku pun sama”. Tapi bagiku karena kebosanan akan dunia kita saat itu. Dunia yang ingin mencuba semua hal baru dengan kebebasan tanpa memikirkan resiko.

“Tapi sekarang sebaliknya pula...  Aku ingin kembali lagi seperti masa kanak-kanak dahulu”. Dia melanjutkan lagi. Kami mengangukkan kepala membenarkan maksud yang di katakan. Benar katanya, kadangkala kita rindu akan masa lalu. Rindu akan masa kanak-kanak.

Monday, February 23, 2015

Konsep lima jari

Entah korang pernah jumpa ke tak bende ni kat mana-mana post. Kalau pernah aku bukan copy&paste dari mana2.
Konsep ni aku buat kajian dari pengalaman aku bekerja walaupun tak lama tapi banyak membantu aku... insyaallah...

Perinsip lima jari
Korang cuba tengok jari korang
1. Jari kelingking
2. Jari manis
3. Jari hantu
4. Jari telunjuk
5. Jari ibu

Tanpa kelima-lima jari ni walau sekuat mana pun takkan kukuh kekuatannya.
Sebagai contoh jari ibu, jari yang memberikan kekuatan untuk keempat-empat jari yang lain. Sama juga lah dengan jari-jari yang lain.

Kita mulakan jari yang pertama jari kelingking.
Apa yang awak nampak pada jari kelingking. Cuba genggam dan lepaskan jari kelingking tu... apa yang tuan-tuan nampak? Cuba gabungkan kedua-dua jari kelingking kiri dan kanan adakah tuan paham pengertian kedua-dua jari tersebut. Pada pendapat saya ianya sebagai penyatuan persahabatan.
Persahabatan bermaksud perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain.

Jari kedua jari manis
Apa yang tuan-tuan faham mengenai perkataan manis? Gula... sudah tentu gula manis betulkan.
Dalam konteks ini, saya memulakan dengan segala ungkapan yang dikeluarkan dimulut ada segala perkara-perkara yang manis didengar dari semua peringkat umur dengan kata lain penerimaan dari semua peringkat usia tidak kiralah tua dan muda.

Jari tengah @ jari hantu
Cuba tuan-tuan genggam dan lepaskan pada jari tengah tuan-tuan. Jangan tunjuk pada orang buruk akibatnya (Bergurau jer tu). Dalam konteks ini saya melambangkan sebagai gurauan antara sahabat dan kawan, tidaklah sehingga melukakan hati orang disekeliling kita.

Jari telunjuk
Cuba tuan-tuan genggam dan lepaskan jari telunjuk. Apa yang tuan-tuan faham dari jari telunjuk? Kita sedang menunjukkan pada sesuatu... dalam konteks ini saya mengambarkan dalam bentuk arahan yang dibuat. Ianya perlulah tegas dan dan dapat diterima segala arahan yang tuan berikan tak kira lah arahan dari bapa kepada anak @ dari majikan kepada pekerjanya.

Jari ibu
Cuba tuan-tuan genggam dan lepaskan jari ibu. Apa yang tuan faham dari maksud jari ibu itu? Pegertian bagus dan baik. Dalam kontek pengertian jari ibu ini saya mengambarkan segala keempat- empat jari tuan-tuan telah faham segalanya bermulalah dari jari kelingking, jari manis, jari hantu dan jari telunjuk. Dengan erti lain tuan-tuan telah faham erti sebenar persahabatan @ kawan, manis dalam tutur kata, pandai bergurau tapi dengan batasan dan pandai memberikan arahan secara profesional kepada peringkat bawahan.

Insyaallah sekiranya tuan amalkan perinsip yang saya berikan ini tuan boleh menjadi pemimpin yang baik dimana boleh bergaul dengan segala lapisan masyarakat disamping disanjung oleh kawan & juga lawan.

Assalamualaikum w.b.t 23/2/2015

Aku confused

Tidur tak semestinya lena...
Bangun tak semestinya sedar...
Menangis tak semestinya sedih...
Makan tak semestinya sedap...

Aku sebagai pelakon dibumi yang akan ditonton oleh pengadil tuhan sekian alam pada suatu masa nanti...

Ku lihat wajahku di cermin dan ku kira helaian rambut putih dan aku tersenyum sendirian. Kenapa... aku pun tak tau...

Anak pengajarnya ibu dan ayah...
Isteri pengajarnya suami yang tercinta...
Pelajar/murid pengajarnya gurunya bertauliah...
Pekerja pengajarnya tokey yang kaya raya...

Jadi..........
Siapakah guru sebenarku?

Tuesday, February 10, 2015

Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Monday, February 9, 2015

Falsafah lagi

kalau nak jadi pokok yang tinggi
bersedialah ditiup angin
kalau tak nak ditiup angin,
jangan jadi pokok yang tinggi
silakanlah menjadi rumput ditanah
rumput tidak akan ditiup angin tapi....
hidup dipijak orang

paham2 sendirilah maksud dia
peace no war

Jom mimpi lagi

badan punyelah penat td dok kalut bwt banci dari pagi sampai ker petang... laaa ni terbangun plk pasai mimpi....
storynye camni....

time tu nk study and the sametime pi kantin... beli 5 ketul goreng pisang utk roommate aku(aku pn x kenal sape roommate aku tuh). on de way pi balik  ke dorm... aku jalan kat jalan besar tetiba banjir melanda sesak gak napas kejap... aku nampak 3 orang pompuan mcm nak lemas( x nampak muka dia) aku x pikir banyak terus slamatkn dia wal hal aku x reti sangat nk berenang ni...
stelah slamatkn 3 org pompuan td... aku buat cpr  pasal pikir nyawa pompuan ni terancam pasal air banyak masuk dlm bdn dia (aku x reti pasal cpr ni)... alhamdulillah ke3-3 pompuan tu sedarkn diri dan mula bukakkn mate dia. lepas 3 org pompuan tu ucapkn terima kasih kt aku... aku pn baru teringatkn motor lc aku... adeh lupa kat mana dia hanyut... dlm ati maybe dh xde rezeki & maybe aku xde jodoh ngan motor aku tu... tup-tup-tup aku sedar dari tido.. baru jer 10 min td (5.10pg) ...
jom pi sembahyang dlu

Monday, November 24, 2014

Pelbagai Pengertian Hikmah

Tersebut di dalam kitab-kitab tertentu yang menerangkan pengertian hikmah secara ringkas iaitu:

 -Mengetahui hakikat sesuatu.

-Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia. (Lisan Al Arab)

-Mengawal jiwa dan naluri ketika marah.

-Kalam yang dita’birkan berdasarkan pengalaman dan percubaan yang selari dengan kebenaran.

(Nazorot Hawla Wasoya Luqman Al-Hakim)

Para ulama’ juga memberikan pelbagai tafsiran mengenai pengertian hikmah antaranya:
Al-Imam Al-Qurtubiy menegaskan: Al-Hikmah ialah segala apa yang benar berkaitan dengan i’tiqad, kefahaman dalam agama, amalan dan kebijaksanaan.

(Tafsir Al-Qurtubiy)

Ibn Abbas menafsirkan: Hikmah sebagai akal, kefahaman. Manakala Mujahid pula berkata: Hikmah ialah akal, kefahaman dan perkataan yang tepat dan betul.

Hikmah sepertimana yang disebut di dalam tafsir Al-Manar ialah kefahaman yang baik terhadap kitab Allah ‘Azza Wa Jalla dan mendalami segala hukum–hakamnya. Mengenali segala maksud dan rahsia yang tersirat di sebalik hukum-hakam tersebut. Bukan setakat memahami perkara zahir sahaja, bahkan mengetahui tujuan sebenar yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat. Kebahagian terhadap individu dan masyarakat pada sudut material dan spritual. Apabila persoalan ini dapat digarap maka amalan praktikal dapat digerakkan dengan cara yang paling jitu.

Sebahagian ahli falsafah mengibaratkan hikmah sebagai: “Berakhlak dengan akhlak Allah ‘Azza Wa Jalla.” Maksudnya ialah berakhlak dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah ‘Azza Wa Jalla dengan kadar yang layak bagi manusia dan pada tahap keupayaannya.

(Al-Aql Wa Al Ilm Fi Al Quran)

Al-Imam Al-Fakhrur Raziy berkata: Ketahuilah bahawa hikmah tidak terkeluar daripada dua konsep, iaitu pada teori dan praktikal. Ini kerana, kesempurnaan insan hanya dengan dua perkara:

- Mengenali kebenaran (iaitu beriman dengannya)
- Mengetahui kebenaran untuk beramal.

Perkara pertama diasaskan pada aspek keilmuan dan pengetahuan yang bersesuaian. Manakala perkara kedua diasaskan pada perlaksanaan, konsep keadilan dan mengikut hala tuju yang tepat.

Al-Imam Al-Fakhrur Raziy telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan dengan hikmah pada sudut teori dan praktikal sepertimana berikut:

1. Allah ‘Azza Wa Jalla telah mengisahkan tentang Nabi Ibrahim AS berkaitan hikmah pada sudut teori dan praktikal dalam firman-Nya yang bermaksud:
Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama.

(As Syuara`: 83)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori manakala sambungannya dibawah menjelaskan hikmah pada sudut praktikal.

Maksudnya firman Allah: Dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih.

(As-Syuara`: 83)

2. Allah ‘Azza Wa Jalla telah menyeru Nabi Musa AS dalam firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah ‘Azza Wa Jalla; tiada Tuhan melainkan Aku.

(Toha: 14)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat seperti yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal:
Maksud firman -Nya: Oleh itu, sembahlah akan Daku.

(Toha: 14)

3. Allah ‘Azza Wa Jalla menjelaskan tentang Nabi Isa AS dalam firman-Nya yang bermaksud:
Ia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah ‘Azza Wa Jalla; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

(Maryam: 30)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori; manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal,firman Allah yang bermaksud:
Dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

(Maryam: 31)

4. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ‘Azza Wa Jalla.

(Muhammad: 19)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungan ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal,firman Allah yang bermaksud. Dan mintalah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan.

(Muhammad: 19)

5. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman kepada sekelian para anbiya’,firman-Nya yang bermaksud:
Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kepada (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-Rasul: Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku.

(An-Nahl: 2)

Ayat di atas menjelaskan hikmah pada sudut teori, manakala sambungannya pada ayat yang berikut menjelaskan hikmah pada sudut praktikal,maksud firman Allah Ta'ala:
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaKu.

(An-Nahl: 2)

( Tafsir Ar-Raziy)

Wallahu'alam....

copy paste from :
http://hasnulhadiahmad.blogspot.com/2010/10/hikmah-dan-kepentingannya.html

Tuesday, September 9, 2014

Aku

Kau kenal aku.
Tapi... aku tak kenal kau.
Aku sihat... aku sorang - sorang
Aku sakit... aku sorang - sorang
Aku penat... aku sorang - sorang
Aku susah... aku sorang - sorang
Pernah ke aku susahkan kau...
Pernah ke aku merayu kesusahan aku kat kau.
Pernah ke... pernah ke?

Aku bersyukur dengan nikmat yang allah berikan kepada aku.
Aku tak perlukan kemuliaan dari manusia yang berada sekelilingku.
Aku tak perlukan nama yang gah sehingga mengalahkan nama yang maha esa.

Cukuplah apa yang ada dan aku bersyukur dengan apa yang ada.
Sehingga kini biarlah aku berseorangan kerana aku takut yang aku akan mengguris hati dan perasaan si dia.
Aku bukanlah penakut.
Aku bukan seorang yang berani.
Aku bukan seorang yang kuat.
Aku suka membantu tapi aku tak suka dibantu.

Kerja bagiku adalah ibadah dan kadang kala membuatkan aku lesu keseorangan menangung penderitaan tangungjawab yang berat.

Aku rimas dengan janji - janji palsu dari orang sekelilingku.
Aku rimas dengan persoalan yang perlu aku selesaikan setiap waktu.
Aku rimas dengan perangai hantu yang bertopengkan manusia.
Sehingga aku terlupa siapa aku...

Monday, February 17, 2014

Adakah aku telah bersedia...

Aku batuk... aku mengadu sakit...
Aku rasa macam nak demam... aku mengadu sakit...
Aku macam nak pening... aku mengadu sakit...
Kadangkala semasa tangan aku tercalar atau terkena duri... aku akan mengadu sakit...
Jangan kata time kene suntik dgn doktor pun mesti aku... mengadu sakit...
Tapi kenapa masa aku senang... aku selalu lupakn dia...
Kenapa masa aku lapang... aku selalu lupakn dia...
Dan tapi kenapa... aku mempunyai masa yang lapang yang banyak tapi.... aku selalu lupakan dia...
Tapi kenapa masa aku sakit selalu aku sebut nama dia...
Tapi kenapa masa aku tengah kesempitan aku selalu sebut nama dia...
Tapi kenapa aku ditimpa musibah... selalu aku sebut.... nama dia
Tapi...
Tapi...
Tapi...
Berapa banyak tapi... tapi... tapi...
Hipokrit? Apa tu?
Aku ni hipokrit ke...
Hipokrit apa tu!!!
Apa tu hipokrit!!!
Pernahkah aku bersyukur?
Pernahkah aku bersujud?
Pernahkah aku berdoa sunguh2 kat dia?
Pernahkah aku menangis akan keesaan dia?
Pernahkah aku...
Pernahkah aku...
Pernahkah aku...
Bila lagi aku nak tadahkan tangan!!!
Lastly...
Tepuk dada tanya iman...
Tepuk dada tanya hati...
Tepuk dada tanya minda...
Tepuk dada tanya diri...
Adakah aku telah bersedia?
Adakah aku telah bersedia utk meneruskan hari2 yang akan datang.

Tolong aku kire mase nih

Aku nk mintak member2 aku tolong aku kire sikit...

Mat datang 10 min lebih awal dari aku.
Ajim dtg lewat sikit dari aku dlm 25 min
Rahmat sampai tepat pukul 10.55
Karim kata dia sampai dlm 30 min lagi. Tapi tipu... .dia sampai lebih dari 14 min dari masa yg dia janjikn.
Ijan kata x dpt datang tp sampai lg awal 15min dari Mat.
Ali ngan nuar sampai awal sikit 13min dari ijan tp nuar terpaksa balik pasai mak dia pangil balik.

Aduh!!! Aku sampai pukul brapa??? Masa org aku kire tp aku terlupa nk tgk pkl berapa aku sampai. Tu la jgn dok sibuk jaga tepi kain org.