Keputusan untuk pergi mpk (manual procedure kerja) memang tak boleh nak tolak.
Aku terpaksa terima walaupun dengan hati yang berat...
Tarikh dan masa untuk berkumpul telah di edarkan namun aku masih lagi cuba untuk terus dan terus mencari alasan.
........................................................
Pada pukul 6.00 pagi aku bangun dari tidur dan seperti biasa membelek isi kandung dari facebook. Haiz... turun sebentar aku membancuh secawan teh dan kubawa bersama ke bilik tidurku.
Cawan terlalu kecil tapi kole lagi besar hahahh cukup sampai pkl 8.00 nanti
........................................................
Perjalanan ke pejabat mengambil masa lebih kurang 25 minit. Setelah sampai aku mengambil solex untuk mengunci tayar motor bagi memastikan keadaan motor aku selamat selama aku berkursus di port dickson nanti. Aku di tegur dari belakang... lalu aku menoleh dan melihat najmi berada di belakang ku. Apasal kau lambat sangat? Lama aku tunggu kau kat sini- kata najmi dengan nada berseloroh. Ala rileks la bro kita sarap la dlu- jawabku ringkas.
........................................................
Dengan berbekalkan 3 kotak rokok Dunhill aku memulakan perjalanan ke ibu pejabat dbkl dan menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke port dickson. Laporan dari wasap memang menjadi permainan kami di dalam perjalanan ke sana. Habis bergambar sakan-seronok... lebih kurang 3 jam setengah untuk ke tempat destinasi yang hendak kami tuj-port dickson.
.......................................................
Sampai di port dickson, kami memulakan check in disana di regency hotel. Tempat peranginan yang tidaklah berapa selesa namun aku bersyukur sekurang-kurangnya dapat juga aku melarikan diri dari tugas hakiki aku- aku mula tersenyum kesorangan.
........................................................
Pada mulanya aku mendapat bilik a7-03 namun dengan desakkan dari najmi aku mula berpindah ke bilik beliau iaitu a10-05. Katanya dia berseorangan di bilik berkenaan dan tidak mempunyai teman. Tanpa berfikir panjang aku pun bersetuju.
........................................................
Kami banyak menghabiskan masa dengan bermain game android (blood Brothers) sebelum turun untuk ke kolam renang.
Saturday, June 22, 2013
My lonely day at port dickson...
Tuesday, June 18, 2013
Padan muka aku. Aku dan gunung ledang.
Sapa tak tau gunung ledang. Cakap je gunung ledang sure korang teringat pasal cerita hang tuah dengan puteri gunung ledang. Ye tak!!!
Aku taknak cerita banyak pasal hang tuah dengan puteri gunung ledang tapi... aku nak cerita pasal ekspidisi aku tracking kat sana.
........................................................
Cerita ni dah lama kalau tak silap aku waktu tu aku form 5 kot... aku dilantik sebagai setiausaha pasukan pengangkap di sekolah aku. Cara pelantikan aku... aku pun tak paham macam mana tapi ni semua datang dari cikgu aku jugak.
So waktu tu aku ada usulkan untuk tracking kat gunung ledang bersama-sama dengan pasukan pandu puteri.
Alhamdulillah usul aku di terima dan penjelajahan (cewah!!!) Kitorang akan bermula 2 bulan akan datang.
Mak ngan ayah aku dah bagi tau so... dengan berbekalkan rm20 sebagai bayaran untuk kesana maka dapatlah aku pergi.
........................................................
Syok jugak jadi setiausaha ni... bisik aku dalam hati. Dapat pegang rokok. Ye lah... lepak kat belakang skali sambil daki bukit dapat hisap rokok...
Kami perlu berkumpul di sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. Kitorang perlu membuat latihan kawat kaki sikit tapi... aku ni special sikit aku memang pandai cari reason supaya aku tak payah nak buat kawat kaki.
........................................................
Perjalanan dari sekolah ke gunung ledang mengambil masa lebih kurang 45 minit, Dan berkumpul di kaki bukit pada pukul 8.15pagi. Rokok- check, ubat-check, bandage- check, hmm... aku rasa dah complete kot. Korang mesti pikir nak buat apa rokok ni kan... ala takat nak buang pacat ngan lintah jer.
........................................................
Kalau budak pengangkap lelaki... kene pacat weih...sory bro aku nak layan. Tapi kalau budak2 perempuan kene akulah orang pertama yang tolong.
1st. Aku dapat isap rokok
2nd. Boleh tackle budak
3rd. Syok weih.....
........................................................
Ok la... kita cerita balik kat gunung ledang... sekarang nih team ekspidisi kitorang dah sampai di ceck in yang kedua. So... aku pun mengajak member aku dengar bahasa mencabar!!! Wei... sapa boleh sampai kat atas (puncak) dulu dia terel. Aku terlupa kata orang... tak elok kata2 seperti mencabar, mencarut dan sebagainya. Sebenarnya tujuan aku hanya nak membakar semangat yang ada kat dalam team ekspidisi aku.
........................................................
Berlari dan berlari tanpa memikirkan berat bebanan yang ada kat belakang aku. Beg aku penuh rasa-rasanya ada gak sampai 5-6-7 kilo kot hahah. Aku berani ajak diorang bukan pasal apa, pasal kitorang dah 2kali jugak la naik gunung ledang so... paham sangat laluan kat sana. Tapi aku berasa pelik... biasanya aku boleh sampai ke atas dalam masa 30-40 minit. Tapi aku berasa pelik kenapa...nak dekat 1 jam setengah masih lagi tak sampai.
Hmm... berehat sebentar di bawah pokok yang agak besar dan agak rendang. Aku pun merasa agak pelik biasanya pokok2 besar jarang ada kat puncak. Ada pun pokok renek jer. Ah... malas la aku nak pikir. Badan pun dah penat berlari punye lah jauh- bisikku di dalam hati. Tido pun best nih.
........................................................
Tiba-tiba aku merasakan seperti di tepuk di belakang. Hei mie... kau buat apa kat sini? Aku menoleh dan memberi tahu yang aku penat berlari. Mie kau tau tak aku tengok kau berpusing jer kat batu tu... dum!!! Aku merasakan seperti tak dapat menerima kenyataan. Eh... selama ni aku pusing je ke? Aku mengeluarkan botol air yang ada di beg sandang dan membasuh muka... aku beristigfar kepada allah. Astagfirullahalazim... kataku...
Aku berfikir sejenak... aku ada buat salah ke? Ish2 takkan nak ajak diorang race pun salah? Aku cakap besar ke? Aku ada kencing kat mana2 ke?
........................................................
Alhamdulillah... aku bersyukur kepada allah selepas aku di berikan petunjuk dengan kesilapan kecil, aku dapat meneruskan pendakian aku ke puncak gunung ledang...
........................................................
Selama pendakian kami kat gunung ledang... aku banyak berfikir tentang bagaimana aku kene main kat sana... syok pun ada kelakar pun ada. Perasaan takut memang tak ada. Pasal takde bende yang menakutkan berlaku kat sana.
........................................................
Banyak aku belajar kat gunung ledang ni. Biasalah budak baru nak kenal dunia.
K lah sampai kat sini jer. Ok guys peace no war!!!!
Monday, June 17, 2013
Hidup kene fun
Aku nak tanya berapa umur korang. Kalau budak baru 10-15 tahun mungkin tak berapa faham kot. Tapi aku nak bertanya kepada mereka yang dah masuk umur 20-40an...
1. Selama korang hiduplah apa yang korang dah buat.
2. Selama korang hidup apa bakti yang dah korang kasi kat negara @ negeri yang korang duduk selama ni.
3. Selama tempoh korang travel kat negara @ negeri orang apa yang korang hingat dan bende2 best yang dah korang buat.
4. Selama korang hiduplah ada tak korang amalkan apa yang korang dah belajar kat sekolah atau kat institusi tinggi...
5. Selama korang hiduplah... ada tak korang dapat senyum kan muka mak ngan bapak korang.
6. Selama korang hiduplah...
Kalau aku nak citer bendealah yang ada kat atas ni sebenarnya banyak lagi persoalan yang ada dalam kepala otak aku. Sebenarnya aku nak korang faham tujuan aku tulis kat sini adakah hidup only for fun jer tanpa ada sebarang usaha dan peluh keringat untuk orang kat sekeliling korang.
Kalau korang kata kat aku memang aku tak dapat nak ceritakan kat korang tapi aku just nak korang faham tu jer... (anyway guys I not perfect person)
Bende yang senang aku letakkan kat sini adalah
1. Ikhlas
2. Amanah
3. Jujur
4. Sikap berfikiran terbuka memberi dan menerima.
Dan banyak lagi perkara-perkara positive yang boleh aku letakkan kat sini.
Sebagai contoh... kalau korang ikhlas tapi tak jujur ataupun amanah korang takkan dapat memenangi hati kawan ataupun lawan. Ye tak...
Tepuk dada tanya selera...
Ok guys peace no war...
Sunday, June 16, 2013
Hari ini hari ahad
Ugh... Kenapa lah awal sangat bangun nih, hari ni kan hari ahad. Baik aku sambung tidur. Bisikku didalam hati....
Alahai mata tutup la... oi la kepala toksah la mengada-ngada nak pikir. Aku bergerak keluar rumah untuk menghirup udara malam yang dingin sekitar 3.00 pagi. Kunyalakan rokok dan ku sandarkan badan di kerusi malas yang terletak dibalkoni rumah.
...................................................
Nak sambung tidur... tak boleh. Aku ketepikan segala perkara negatif yang terkeluar dari kepala aku. Cerita pasal kerja biarlah kat opis jer. Kalau pasal family... takde apa-apa kot. Dah tu aku nak termenungkan pasal apa? Ku ambil handphone dari bilik dan dengan pantas tanganku mengerakkan keatas kebawah screen di permukaan screen berkenaan. Uhmm... layan facebook la tengok apa yang ada kat dalam tu.
.....................................................
Ntah apa-apa lah diorang cerita dalam facebook ni. Ada certain aku paham ada pulak tu satu hapak pun aku tak paham. Buat-buat paham jer la... logo berbentuk tangan aku tekan-like... seronok la diorang dapat kumpul like banyak-banyak dah jadi macam pertandingan la pulak.
......................................................
Allahuakhbar ×3....
Laungan azan subuh memecahkan kesunyian pagi yang hening. Lama jugak aku melayan facebook nih. Bisikku didalam hati. Aku buka program winamp dan kudengar sebentar 1 lagu sebelum turun kebawah untuk mandi dan sarapan.
........................................................
Setelah siap sembahyang subuh aku trun kebawah dan kucari remote tv dan astro. Takde bende yang best la... lepak balik kat bilik layan game lagi best... urgh... semua dah habis la segala jenis quest dah complete nak buat macam mana ni. Takkan nak start balik kot. Lalu aku mengambil keputusan untuk memulakan semula game tetapi jenis action yang agak susah.
........................................................
Mie!!! Mak menjerit. Ye apa mak. Balasku ringkas. Pergi ambil baju mak nak lipat ni. Tanpa membalas aku mengambil baju-baju kering yang terletak atas sofa. Lalu ku bawa turun kebawah dan ku letakkan di diatas sofa yang terletak tak jauh daripada mak.
........................................................
Saturday, June 15, 2013
jom cerita - bantai jer la apa yang terpikir hehehhe
jam sekarang menginjak ke pukul 5.30 petang... argh!!! dah time ni... aku berlari anak mengejar punch card yang tak jauh 5m dari tempat aku berdiri. ketak - bunyi punch card!!!! alhamdulillah... bisik hati ku.
sampai ke tempat letak motor aku terus menghenjut pedal motor dan meneruskan destinasi tempat yang mesti aku tujui - rumah...
dalam perjalanan pulang kerumah... pelbagai persoalan terkeluar didalam benak kepalaku uhm... lupakan la semua tuh. masalah kerja letak je kat opis takkan la nak bawak kat rumah kot... bisik hatiku.
Assalamualaikum!!! kubuka pintu rumah dan ku masuk tanpa berfikir banyak ku bersandar malas di sofa - tertido.
hmm... kalau bukan pasal kau la perut memang sampai ke esok la aku tidur... aku tersenyum bersendirian dan kubuka tudung saji untuk melihat masakkan yang ada. Mak!!! boleh buat air teh - kataku. aku capai surat khabar pagi tadi ku belek satu persatu haiz... takde cerita best.
..........................................................................
setelah selesai aku menyegegerakan suapan nasi yang ada di pingan aku terus membasuh tangan dan ku toleh sebentar melihat di kotak television dan kulihat keluargaku yang sedang syok melihat cerita korea. argh biarkan je la boleh tengok kat dalam youtube. mana taknye langan streamyx dari TMNET tapi tak gunakan sepenuhnya keperluan yang ada kalau takat nak tengok facebook je nak buat apa ye tak.
..........................................................................
ku tekan pada button yang ada di PC dengan menggunakan ibu jari kaki kananku dan aku terus duduk untuk menunggu sistem OS untuk terus ke program windows. dengan bantuan tetikus (mouse) ku gerakkan curses mouse untuk terus tekan internet connection agar dapat aku menerusi alam maya yang dikatakan ibu ilmu moden buat masakini. argh layan facebook jela lah. bukak bloger tak tau nak tulis ape tido kot lepas ni.
.......................................................................
Mak!!!! jeritku.... esok mak ngan aya ada pergi mana - mana tak. takde kot kata mak ku. aku biarkan pcku terbuka dan terus menolak badanku ke tilam yang agak keras (nak kene beli baru kot - selalu sakit belakang) - tertido.
.......................................................................
handphone dan speaker pc aku menjerit macam nak gila agar aku terjaga dari tidoku. huh... nasib baik aku pandai buat setting dalam komputer ni ada gak alarm dalam pc ni. untung tak payah beli jam. argh... baru pukul 6.30 pagi rupanya... bisik hatiku. huwaaa!!!!!! adoi hai... menangis lagi budak ni. biarkan je la. malas aku nak campur tangan pasal diorang nih. Dania Shakila dan Danish Rabbani yang baru sampai aku dengar sedang sibuk bersiap untuk pergi ke sekolah. hehehe teringat aku time 1st time aku pergi sekolah maybe aku dulu macam tu kot... bisik hatiku.
.......................................................................
ku capai towel yang berada di tangga dan aku terus bergegas ke bawah untuk pergi ke toilet untuk mandi. aku merasakan sepasang mata kecil sedang melihatku dari bawah. kubuat seperti takde apa - apa namun kudengar suara manja dari suara si anak kecil itu - Dayana Balqis. aku membatalkan untuk mandi dan ku pergi ke wheelchair lalu ku angkat. dia tersenyum... aku membalas senyumannya. wa.wa.waaa..awaaa lalal la alal waaaaa.. daripada bunyi suaranya tapi aku paham kehendaknya ku berjalan pusing ke segala penjuru rumahku. dari ruang tamu- dapur-bilik (ambil masa 10min kot) lalu kuletak kembali ke dalam wheelchair dan kuteruskan hajatku untuk mandi bagi bersiap sedia unutk ke pejabat.
.....................................................................
***kang kalau ada masa aku cerita pulak pasal pejabat aku
u and i...
does a friendship become official the moment you both consent to and acknowledge it?
even for two people who've never spoken before?
and if they don't speak to each other at all after that consent, are they still consider friend?
i just don't like being looked down on as that sad person with no friends.
it's true that in today's society, people think having no friend is a bad thing.
but that's not really right, is it?
i'm fine being alone.
i'm perfectly happy with just having a fake friend.
even so...
i feel i want to find a real friend.
Friday, June 14, 2013
badan oh badan kenapa kau....
Kisah ni terjadi dalam badan kita...
Yang 1st kepala...
Yang 2nd pulak badan...
Yang 3rd pulak tangan...
Yg ke-4 pulak kaki...
Last sekali (5) bontot (kalau korang rasa ayat aku ni lucah sory k- peace no war)
..............................................
Nk jadi cerita la... kepala merasa megah sesangat apa saja terlintas kat dalam kepala sure tuan dia akan menurut saja perintah dia... jadi dengan bonkaknya kepala menceritakan keungulan dan kebagusan yg dia ada dan tak ada kat angota badan lain... yg lain pun hangin la so... badan pun mula menerangkan bahawa kalau takda dia so... kepala, tangan, kaki dan bontot nk letak kat mana... so... tanpa memikirkan lebih banyak diorang pyn setujulah yang badan penting.
Tangan mula merasai bengang dengan badan dan tangan mula berfikir "aku ni sebenarnye buat apa ye".... so tanpa berlengah lagi tangan pun menerangkan tanpa tangan tiada apa yang boleh dicapai, digenggam dan sebagainya... anggota yang lain mula merasa kepentingan tangan dan bersetuju bahawa tangan penting dalam angota yang ada dalam badan...
Ah... ini tak boleh jadi! kata kaki. Wei aku pun penting la. Korang hingat kalau aku takde korang boleh pegi mana-mana ke... so tanpa banyak bicara angota lain pun bersetuju mengatakan kaki penting...
Last sekali bontot... kerja aku cuma berak & kencing jer... so tersipu-sipu la bontot dan hanya terdiam bila kawan-kawan lain mengasak dia supaya menerangkan fungsi kerja dia kat angota tuan diorang.... akhirnya merajuklah bontot taknak buat apa-apa... (kesian)
Setengah jam pertama... bontot mogok taknak buat kerja... (tuan dia releks jer)
Setengah jam kedua (kire 1 jam la) tuan dia releks lagi. (Pukul 2 tengahari time makan) so si tuan badan ni makan la dengan syoknye tanpa mengetahui bahawa bontot mogok taknak buat keje...
Setengah jam ke tiga... si tuan badan ni mula merasakan lain macam -terkencing!!!! Argh aku kene cepat ni berlari mengalahkan pelari 100m... sampai ketandas si taun badan mengeluarkan senjata untuk dipancutkan di mangkuk tandas- tak boleh keluar!!!
Di cuba lagi kali kedua- tak boleh keluar
Dicuba lagi kali ketiga- tak boleh keluar
Didalam hati tuan badan merasakan yang dirinya seperti terdapat penyakit- BATU KARANG!!!!
Perut pula mula memulas nk terberak dan di kangkang luas-luas untuk mencuba tapi apa kan daya tak ada taik pun yang keluar... argh... kesian
Tangan mula mengengam.... kaki membuat pelbagai posisi supaya berak dapat keluar dengan baik... badan cuba meneran agar taik dapat di keluarkan... kepala pula mula basah dan tak dapat memikirkan apa sahaja....
Masuk hari ke-2
.........sama.........
Masuk hari ke-3
........sama.........
Kawan kepada tuan badan terus membawa ke hospital supaya dapat diberikan pemeriksaan lanjut kepada tuan badan berkenan....
Doktor:- saya tengok awak ok jer selepas saya check badan awak ni...
Balik la tuan badan ni dengan harapan yang hancur!!!
Arghhhhh!!!! Aku kene sihir orang ke...
Si tuan badan mula pergi mencari segala tok dukun untuk mengubat si tuan badan tapi hasilnya masih sama....
Akhirnya terdamparlah tuan badan di katil (kesian siot)
Kepala berfikir kalau la bontot mogok aku pun tak boleh buat apa-apa...
Badan, tangan &kaki pun berfikir benda yang sama dan bersetuju untuk berjumpa dengan bontot...
Er.... bontot kitorang mintak maap ye... kitorang hingat kitorang ni penting sangat tapi... si bontot tak berkata apa-apa cuma mula memberikan reaksi kepada tuan dia agar cepat-cepat ke toilet!!!
1 jam jugakla tuan badan tu melepak dalam toilet... seatle pun...
Tapi dalam hati bontot... bau korang tau sapa aku hahahah. ....